Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PHBN Penang Bergolak, Penyokong Bakal Protes
utama

PHBN Penang Bergolak, Penyokong Bakal Protes


Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada DAP mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai sebagai calon Bebas dalam PRN nanti.

David, 47, yang keluar daripada DAP selepas bersama parti itu selama 15 tahun, berkata ia adalah keputusan yang sukar dibuat tetapi dia terpaksa melakukannya untuk menyelamatkan parti daripada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

"Apa yang dilakukan ini hanya untuk menentang seorang lelaki iaitu Guan Eng. Selepas ini akan ada lebih banyak pendedahan dibuat," katanya pada sidang media beliau hari ini.

Terdahulu, seramai tujuh penyandang yang telah digugurkan daripada calon DAP iaitu P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).

#PHBN #DAP #LGE #mediapoint #ppakatpertahan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook