Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PRN: PN Bersemangat, PH Suram di Ketereh
utama

PRN: PN Bersemangat, PH Suram di Ketereh

 


KETEREH – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan berjalan lancar sehingga ia ditutup kira-kira jam 10 pagi hari ini. 
 
Pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Melor, Kadok dan Kok Lanas antara pusat yang menjadi tumpuan kerana ia dikaitkan dengan kawasan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Anuar Musa yang kini menyertai PAS. 
 
PN mula berarak mengiringi calon ke dewan MDKPI dari perkarangan bangunan PAS Kawasan Ketereh seawal jam 8 pagi diiringi lebih seribu penyokong dengan alunan zikir yang penuh bersemangat dan ceria sekali. 




Situasi nampak lebih bersemangat dan ceria dengan kehadiran Anuar yang dianggap oleh masyarakat sebagai ikon pimpinan politik Ketereh khususnya bagi memberi sokongan kepada calon dan penyokong serta pengundi kawasan berkenaan. 
 
Situasi itu berbeza sekali dengan PH. Kawasan berhimpun penyokong-penyokongnya dilihat suram dan hambar selain bilangan kehadiran mereka sangat kecil. Bagai hadir hanya untuk menunggu siap proses penamaan sahaja. 
  
Kesemua DUN terbabit menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). 
 
DUN Melor, PN mempertaruhkan Wan Rohimi Wan Daud menentang calon PH, Azmi Ishak. Kadok diwakili penyandang Dato’ Azami Mohd Noor (PN) menentang  Azizan Razak (PH) dan Kok Lanas, Dato’ Mohamed Farid Mohamed (PN) berdepan Ahmad Deraman (PH) 
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN  di enam negeri berjalan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal 8 Ogos. 
 
Tempoh berkempen pula ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini sehingga 11.59 malam 11 Ogos.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook