Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SEKARANG MASA SESUAI KERAJAAN SEMAK KES LIWAT

SEKARANG MASA SESUAI KERAJAAN SEMAK KES LIWAT

 


KOTA BHARU: Kenyataan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang memuji Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dilihat mengundang kekeliruan rakyat.

Namun Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata dalam kenyataan PM dianggap turut mempertikaikan pengamal perundangan sebelum ini didakwa tidak melaksanakan keadilan.

Beliau berkata jika kerajaan benar-benar komited untuk memperkasakan institusi itu, semua kes membabitkan pemimpin tertinggi kerajaan perlu dibicarakan tanpa campur tangan politik.

"Adalah kurang jelas hakim mana yang dikatakan membuat keputusan menyimpang dari lunas-lunas keadilan bahkan beliau sendiri pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan liwat. 

"Maka dapatlah dibuat kesimpulan mudah bahawa kemungkinan besar proses perbicaraan dan penghakiman itulah yang dirujuk oleh beliau," katanya dalam kenyataan semalam.

Ketua Pemuda PAS Malaysia itu juga khuatir kenyataan terbabit bakal dimanipulasi oleh golongan tidak bertanggungjawab untuk menidakkan hukuman yang telah diputuskan mahkamah.

Malah beliau berkata lagi, pandangan Ahli Parlimen Tambun juga akan memberi gambaran negatif terhadap keputusan Mahkamah yang tidak telus dalam melaksanakan keadilan.

Oleh itu menurutnya Kerajaan Madani perlu membuat kajian semula terhadap institusi kehakiman untuk pastikan tidak wujud pandangan serong terhadap badan judisiari di negara ini.

"Saya sebenarnya bimbang dengan kenyataan PM, adakah selepas ini ramai lagi pihak akan mempertikaikan keputusan kerana hukuman dijatuhkan oleh hakim tidak adil.

"Saya mencadangkan sekarang masa yang sesuai kerajaan mengusahakan semakan semula terhadap sabitan kes rasuah dan liwat yang pernah dikenakan sebelum ini," katanya.

Beliau turut mengimbau laporan pengampunan Yang di-Pertuan Agong untuk membebaskan Anwar dari penjara, bukan alasan untuk membersihkannya daripada sebarang dakwaan.

Bahkan katanya dokumen Lembaga Pengampunan tidak merujuk kepada maksud sabitan terhadap PM bagi kesalahan yang pernah dilakukan pada tahun 90-an dibiarkan.

"Inilah yang ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 10 Januari lalu.

"Keputusan ini terkandung dalam dokumen Lembaga Pengampunan tidak merujuk kepada maksud bahawa sabitan terhadap Anwar bagi kesalahan liwat, diketepikan," katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook