Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Ahli UMNO Hijrah Beramai-ramai Sokong PN
utama

Ahli UMNO Hijrah Beramai-ramai Sokong PN


KETEREH – Ahli UMNO kawasan Ketereh dijangka melakukan penghijrahan beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa semasa mendedahkan perkara itu berkata ia menyebabkan ada cawangan parti akan ditutup.

Katanya, perkara itu akan diumumkan secara terbuka pada hari Jumaat ini dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijangka turut bersama pada majlis tersebut.

"Insya-Allah hari Jumaat ini tuan-tuan, ambo (saya) akan umumkan pemimpin bahagian (Ketereh) dan lain-lain termasuk cawangan UMNO akan dibubarkan. Ini adalah mereka yang mahu mengikut ambo secara terus. Insya-Allah, Tok Guru Haji Hadi mari, kita akan isytihar secara terbuka.

“Ada bekas exco pemuda, bekas duta, bekas datuk bandar dan ramai lagi. Ini adalah kumpulan pertama,” katanya dalam majlis Ceramah Perdana Isu-isu Semasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas malam tadi.

Tambah Annuar, manakala ada juga kumpulan kedua, namun tidak mahu melepaskan jawatan dalam UMNO tetapi telah memberi isyarat untuk PRN nanti.

“Kita rayu mereka ini undi PAS dalam PRN nanti,” katanya yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional. 



Pada majlis yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendesak Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil supaya meletakkan jawatan berikutan beberapa masalah termasuk isu membabitkan kumpulan The 1975 baru-baru ini.

Beliau berkata, aksi biadap yang dipamerkan oleh kumpulan tersebut semasa Festival Good Vibes di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini telah menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia selain memperlekehkan undang-undang negara.

“Insiden yang berlaku pada Festival Good Vibes itu menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan. Sehubungan itu Menteri Komunikasi dan Digital wajib letak jawatan,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook