Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Anak Annuar Umum Keluar UMNO
utama

Anak Annuar Umum Keluar UMNO


KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar dan Ketua Wanita UMNO Ketereh, Sabariah Hamzah mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa pada sidang media dalam program ramah mesra bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kediamannya di Kota Bharu, hari ini

Hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.


Pengumuman tersebut dibuat Ketika nama Afiq Amani terpapar dalam satu poster menunjukkan dia terlibat dengan majlis ceramah bersama kepimpinan UMNO Bahagian Ketereh dan Pakatan Harapan di kampung Aril, Pauh Lima, Melor malam ini.

Turut diumumkan keluar parti ialah seluruh ahli jawatankuasa UMNO cawangan Cabang Tiga Tuan Guru Haji Musa selain beberapa tokoh dan bekas pemimpin UMNO.

Antaranya ialah bekas Datuk Bandar Ipoh, Sirajuddin Salleh, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Mohd. Ibrahim Abu Bakar dan bekas Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk, Nik Mohammad Azli Nik Ariffin.


Terdahulu Annuar mendedahkan penghijrahan beramai-ramai ahli UMNO pada hari ini bagi memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, kedudukan Afiq Amani sama ada akan mengikut jejak langkah ayahnya Annuar Musa menyertai PAS belum diketahui.

Bagaimanapun, mereka menyatakan akan memberi sokongan kepada PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook