Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dua PRK Bakal Menyusul di Johor
utama

Dua PRK Bakal Menyusul di Johor

 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas mengenai kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 3 Ogos iaitu esok (Khamis).

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha SPR, Indera Ikmalrudin Ishak, berkata mesyuarat berkenaan untuk membincangkan persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berikutan kekosongan kerusi tersebut.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Fasal (5) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.161 Pulai dan Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram Johor, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 3 Ogos 2023 (Khamis). Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR, di mana tarikh-tarikh penting PRK Parlimen P.161 Pulai dan PRK Dewan Negeri N.13 Simpang Jeram, Johor seperti tarikh WritPilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,” kata kenyataan itu.


SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan dua kerusi berkenaan pada 25 Julai lalu.

Kerusi tersebut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selepas dua hari menerima rawatan akibat mual dan muntah sebelum doktor mengesahkan mengalami pendarahan otak.

Salahuddin menyandang kerusi Parlimen Pulai selama dua penggal menerusi Pilihan Raya Umum 14 dan 15 yang lalu.


Dia juga Berjaya mempertahankan DUN Simpang Jeram untuk penggal kedua menerusi Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac 2022.

Sebelum ini dia pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal sebelum meninggalkan PAS dan menubuhkan parti Amanah pada 2015.

Menurut kenyataan itu lagi, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook