Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kempen Secara Berhemah, PN Di Kedudukan Sangat Baik
utama

Kempen Secara Berhemah, PN Di Kedudukan Sangat Baik

  


Serangan lawan dengan pelbagai tohmahan dan andaian tidak menjejaskan gerak kerja  Perikatan Nasional (PN) Kelantan merealisasikan kempen mereka secara berhemah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Setiausaha PN Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat, berkata PN berada dalam posisi yang selesa dengan memanfaatkan sepenuh masa kempennya termasuk menyantuni pengundi di seluruh kawasan pilihan raya.

“Sesi penerangan dan ceramah juga berjalan serentak secara online atau offline. Ceramah kelompok mendapat sambutan yang sangat positif.

“Untuk itu, saya boleh sampaikan disini Perikatan Nasional Kelantan berada dikedudukan sangat baik untuk menambat hati pengundi dalam usaha mengekalkan kepimpinan ulama” katanya.


Beliau berkata, rata-rata pengundi menunjukkan reaksi positif terhadap calon-calon yang dipilih terutama daripada muka baharu.

Tambah Wan Roslan, berdasarkan perkembangan tersebut PN percaya mampu mengekalkan pemerintahan PAS di negeri ini sejak 33 tahun lalu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook