Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kira Detik: 10 Hari - Md Alwi Bual
utama

Kira Detik: 10 Hari - Md Alwi Bual


Mantan Ketua Pembangkang Dun Kelantan merangkap Setiausaha BN negeri, Md Alwi Che Ahmad cuba memainkan naratif sensasi mengandaikan ada bekas Adun PAS yang tidak tercalon semula dalam PRN  kini melakukan protes secara senyap.

“Saya yakin protes secara senyap itu akan memberi kesan besar kepada slogan PAS untuk mempertahankan Kelantan,” katanya yang turut mendakwa Datuk Ahmad Yakob tidak akan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Pada hemat saya Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baharu sekiranya Pas terus mentadbir Kelantan dan perkara ini saya hampir pasti.

“Cuma saya tidak tahu siapa yang akan menjadi Menteri Besar  susulan gabungan mereka menerusi Perikatan Nasional (PN)," jelasnya.


Bagaimanapun dakwaan itu disambut dengan tenang oleh kalangan penyokong PN.

“Kalau betul sekalipun akan berlaku pertukaran kepimpinan, itu adalah lumrah. Yang pasti penggantinya bukan dari Umno, apatah lagi Md. Alwi,” ujar Abdul Aziz, 64 seorang petugas pilihanraya PN di DUN Kok Lanas.


Dalam kehangatan kempen kali ini, tiga nama iaitu Md Alwi,  Jazlan (Ketua BN Kelantan) dan Zawawi (Ketua Penerangan BN Kelantan) sering dijadikan  momokan  ahli-ahli Umno negeri ini apabila kesemua mereka dianggap  tidak menyertai pilihanraya Dun kali ini kerana takut kalah.

Sementara itu, seorang ahli Umno Bahagian Kok Lanas yang enggan dikenali  menempelak kenyataan sinis Md Alwi menerusi sebuah portal berita yang menyifatkan Annuar Musa sebagai pemimpin kecewa yang sedang marah-marah.

“Bual (sembang kari – p) bagi ko Md Alwi. Kalau beliau rasa kuat sangat BN PH, kenapa tak pertahankan kerusi Dun Kok Lanas dalam PRN kali ini?

“Selagi boleh makan dedak Teruskan. Nanti dapat habuan,” katanya sambil tersenyum.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook