Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kira Detik: 11 Hari - Debat Ekonomi Rafizi vs Syahir
utama

Kira Detik: 11 Hari - Debat Ekonomi Rafizi vs Syahir

 


Berita  sensasi yang mencuri tumpuan menjelang 11 Hari PRN 15 di enam negeri  ialah  cabaran debat  Menteri Ekonomi PH Rafizi Ramli  yang   disambut Syahir Sulaiman, Ahli Parlimen PN Bachok. 

Mantan Menteri Ekonomi,  Azmin Ali yang menjadi calon PN Dun Hulu Kelang di Selangor  sebelum ini menolak cabaran Rafizi yang kemudiannya beralih mencabar mantan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor. 

Sanusi yang merupakan Pengarah Pilihanraya PN akan bertanding mempertahankan Dun Jeneri Kedah juga tidak melayan cabaran Rafizi. 

Penolakan Azmin dan Sanusi boleh difahami  memandangkan mereka sedang terlibat secara langsung sebagai calon-calon yang bakal bertanding nanti.


Syahir  sedia berdebat  tanpa sebarang syarat  memberitahu persetujuan itu dibuat setelah beliau mempertimbang semula jemputan apabila mendapat keizinan pucuk pimpinan partinya.

Beliau yang mencadangkan tajuk 'MALAYSIA LEBIH BAIK’ bagaimanapun  menyerah pemilihan tarikh, moderator, format, dan media kepada pihak Rafizi sepenuhnya.

Samada hasrat Rafizi menjadikan debat sebagai budaya  politik Malaysia menjelang pilihanraya ini akan berjaya dilangsungkan pastinya bergantung kepada perkembangan kempen menjelang tanggal 12 Ogos.


Pada dasarnya, anjuran debat sebegini begitu sinonim dengan sistem pilihanraya di Amerika Syarikat berbanding ceramah-ceramah politik anjuran parti-parti bertanding pilihanraya di negara ini.

Bagi Rafizi, pentas debat ekonomi ini mungkin boleh memberi anjakan signifikan  dari lelucon ‘raja formula gagal' yang telah terpalit pada personalitinya ekoran kegagalan Anwar melunaskan pakej reformasinya setelah lapan bulan menjadi PMX.

Untuk Syahir,  medan ini akan menjadi peluang terbaik untuk mengutarakan kesediaan dan kesungguhan  PN menyediakan pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.

Kepada Rafizi dan Syahir, berdebatlah dengan penuh hemah tanpa retorika melampau. Rakyat umum kini kian teruja untuk menilai.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook