Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Manifesto PH-BN Ciplak Pencapaian 33 Tahun PAS
utama

Manifesto PH-BN Ciplak Pencapaian 33 Tahun PAS




KOTA BHARU: PH-BN bagai ketandusan idea ketika menyediakan manifesto untuk rakyat Kelantan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Mana tidaknya, kebanyakan tawaran yang terkandung di dalam manifesto itu dibentuk berasaskan idea ciplak dan cuba di jenama semula. Untuk nampak lebih menarik, ia dihias pula dengan sedikit sentuhan kosmetik.

Sama ada PH-BN ketandusan idea dalam menyediakan tawaran tersebut untuk menarik sokongan pengundi atau, barangkali PH-BN tidak pernah membuat kajian atau ‘home work’ sebelum menyediakan manifesto tersebut kepada rakyat Kelantan. 

Antaranya, terdapat dua tawaran PH-BN yang terlihat 'lebih senduk dari kuah' untuk tatapan umum. Dengan fakta yang ada pengundi akan boleh membuat perbandingan sendiri:




1.Kolej Universiti Tahfiz al Quran dan Sains.

Mengikut fakta, Kelantan telah menjadi gedung tahfiz semenjak 1996 lagi dengan data terkini kerajaan berjaya melahirkan 4,822 huffaz membabitkan 10 buah maahad tahfiz pelbagai aliran. Lima  daripadanya adalah beraliran sains dan menjadi antara pelopor di negara ini. 

Dasar  1 rumah 1 hafiz yang disasar oleh Kelantan sedang berada di landasan tepat dan telah mula membuahkan hasil. Sehingga kini satu rumah satu hafiz atau hafizah  di negeri ini tidak lagi merupakan suatu keadaan yang pelik atau sukar ditemui. 




2. Jawatan Guru al Quran dan Kelas al Quran.

Kerajaan PAS Kelantan telah memberi perhatian kepada perkara ini sejak lebih 30 tahun dulu. Sehingga kini seramai lebih 50 guru al-Quran disediakan untuk setiap satu Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi  kesemua 45 Dun. 

Ini satu kejayaan pembinaan modal insan oleh kerajaan Kelantan yang secara perlahan-lahan diikuti dan di buat di negeri lain.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook