Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Menang PRN Putrajaya Akan Menyusul
utama

Menang PRN Putrajaya Akan Menyusul


Perubahan kerajaan di peringkat pusat tidak mustahil boleh berlaku sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung pada Sabtu ini berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Ia berikutan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dikatakan berdepan krisis kepimpinan apabila tidak memperoleh sokongan penuh 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Menurut Presiden Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa, situasi itu boleh berlaku dengan mengambil kira mungkin ada gerakan melibatkan ahli parlimen daripada parti tersebut membuat undi tidak percaya kepada kerajaan kerana tidak mendapat mandat rakyat.

"Kalau rakyat menolak UMNO, maka sebaik sahaja PRN di enam negeri mendapat keputusan maka perhitungan selanjutnya adalah di Parlimen itu sendiri.

"Di mana saya yakin, ahli parlimen yang ada (daripada UMNO) akan bangkit dengan usul tidak percaya kepada kerajaan yang tidak ada mandat rakyat.” Katanya dalam satu ceramah di Besut, Terengganu baru-baru ini.



Sementara itu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata perubahan itu boleh berlaku berasaskan sokongan daripada ahli parlimen parti gabungan kerajaan perpaduan termasuk dari Sabah dan Sarawak yang sanggup menyokong PN.

Menurutnya, ahli parlimen terbabit pada asalnya menyokong PN dan sekarang ini hanya menunggu masa yang sesuai.

"Asal (ada) 10 ahli parlimen UMNO nak sokong kita, mungkin 15 tapi mereka ini dipaksa, diugut menyebabkan mereka dalam ketakutan,” katanya.

Tambahnya, pembentukan kerajaan pusat baharu itu penting untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara, dengan mana kemenangan PN pada PRN kali ini perlu bagi membolehkan perubahan tersebut dilakukan.

Sehubungan itu, Annuar menyeru semua pengundi yang terlibat dalam PRN ini memberi sokongan padu pada PN bagi membentuk kerajaan baharu mengikut aspirasi rakyat.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook