Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PRN: 18 Tawaran Program PN Kelantan
utama

PRN: 18 Tawaran Program PN Kelantan

 


T
anah Merah - Perikatan Nasional (PN) Kelantan mengambil pendekatan berbeza dengan memilih “program” berbanding manifesto menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk musim lima tahun akan datang.

Pengerusinya, Ahmad Yakob, berkata program dimaksudkan membawa makna perancangan yang benar-benar mahu dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang sekiranya PN diberi mandat menerusi PRN pada 12 Ogos ini.

“Mengikut bajet disediakan di peringkat negeri maka inilah tawaran yang dapat kita beri kepada rakyat.

“Kita berharap rakyat terus mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah dan pelancaran program PN Kelantan, di Tanah Merah, malam tadi.


Program PN Kelantan bertema ‘Kelantan maju, rakyat sejahtera’ itu menawarkan 18 program utama membabitkan 96 pengisian.

Antaranya ialah pembangunan sosioekonomi memfokuskan kepada pembukaan bandar-bandar baharu yang mampu menambah peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan bekalan air bersih dengan penjenamaan semula Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB) dan menambah simpanan bekalan air melalui projek takungan air pinggiran sungai (Taps).

Turut ditawarkan program pembangunan insaniah, pembangunan pendidikan dan kemahiran, pembangunan wanita, pembangunan keluarga dan masyarakat, anak muda bermaruah, kecaknaan insan istimewa, perluasan prarasana digital dan memajukan produktiviti pertanian.



Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, menegaskan program tersebut bukan tawaran retorik atau janji kosong menjelang pilihan raya.

Dalam perkembangan berkaiatan, beliau memaklumkan, 98 peratus kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelesaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14. 

“Cuma dua peratus tidak selesai sepenuhnya, tetapi kita akan sambung dan teruskan demi kebajikan rakyat,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook