Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Referendum 45-0 Rakyat Kelantan
utama

Referendum 45-0 Rakyat Kelantan


KOTA BHARU – Gelombang ‘selamat tinggal UMNO’ bakal tercipta di bumi serambi Mekah melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Petunjuk 45-0 semakin jelas menjelang hari mengundi yang berbaki dua hari sahaja lagi.

Cetusan gelombang itu berikutan ramai penyokong termasuk ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan pucuk pimpinan parti dan mereka akan bangkit memprotes melalui kertas undi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Wan Roslan Wan Hamat, berkata kekecewaan terhadap pimpinan parti itu dilihat agak serius apabila melibatkan ahli-ahlinya di seluruh negeri.

“Kita dapati berlaku gerakan dan gelombang ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan mereka tidak menjaga ahli-ahlinya dan lebih kepada kepentingan peribadi.

“Ada kawasan UMNO yang kita tidak pernah boleh masuk sebelum ini, kini berubah di mana mereka (ahli UMNO) sendiri mengaturkan pertemuan termasuk ceramah Perikatan Nasional (PN).

“Itu kita rasa ada keyakinan untuk mencapai 45-0,” katanya pada sidang akhbar harian PN di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, di sini hari ini.



Tindakan beberapa pimpinan UMNO yang menarik diri dari Muafakat Nasional antara punca menyebabkan kekecewaan di dalam kalangan ahli parti itu.

Rasa kecewa itu berlarutan, bertukar menjadi kemarahan apabila presidennya, Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan membawa UMNO membentuk gabungan politik dengan PH yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos ini sebagai tarikh mengundi.

Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan keseluruhannya ialah 45, manakala parlimen 14.

PAS menyapu bersih kerusi parlimen 14-0 di Kelantan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook