Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

105 KETUA MASYARAKAT ORANG ASLI TERIMA ELAUN
utama

105 KETUA MASYARAKAT ORANG ASLI TERIMA ELAUN

 


Oleh: Che Maziah Mat

GUA MUSANG, 16 Julai – Kerajaan Negeri Kelantan meneruskan keprihatinan, kebajikan dengan keperluan masyarakat orang asli menerusi pengagihan elaun kepada seramai 105 ketua masyarakat orang asli.

Menteri Besar, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, sumbangan yang diberikan ini sebagai tanda menghargai bakti mereka yang memainkan peranan dalam menjadi penghubung di antara masyarakat orang asli dengan kerajaan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menjaga kebajikan dan berlaku adil kepada semua rakyat kerana semua orang adalah sama dan kita adalah bersaudara, sebab itulah kita melantik penghulu dan pemimpin dari kalangan masyarakat orang asli.

“Kita bagi mereka elaun untuk memastikan agar kebajikan masyarakat orang asli ini terjaga, malah hubungan dua hala dengan Kerajaan Negeri juga berterusan pada masa sama menjadi penghubung dengan kerajaan,” katanya pada Majlis Pengagihan Elaun Ketua Masyarakat Orang Asli di Masjid Mukim Meranto, Gua Musang pada Jumaat baru-baru ini.

Sepertimana rutin hari Jumaat, Dato’ Nassuruddin turut menyampaikan khutbah Jumaat dan beramah mesra dengan jemaah dan ahli qariah di situ.

Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa menitikberatkan kebajikan masyarakat orang asli dan berharap usaha ini dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.

📷UKMB







MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook