Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Dahulu jambatan kereta api jadi laluan utama penduduk

Dahulu jambatan kereta api jadi laluan utama penduduk


GUA MUSANG: Menjejaki kawasan pilihan raya DUN Nenggiri agak meletihkan. Cuba bayangkan lokasi sehingga ke sempadan Perak. Pos Simpor, Pos Sungai Puian, dan Sungai Jenera terletak bersempadan dengan negeri Perak. Manakala Unit Daerah Mengundi (UDM) Pasir Tumbuh pula boleh dihubungi melalui jalan sungai.

Menaiki bot menyusuri Sungai Nenggiri tentunya mencemaskan bagi mereka yang tidak biasa. Itulah hakikat yang perlu ditempuhi petugas pilihan raya bagi mendekati pengundi.Semalam rombongan Muslimat PAS Pasir Puteh menaiki bot untuk menjejaki kempen di Kampung Pasir Puteh dengan diketuai Adun Limbongan Nor Asilah Mohamed Zin. 

Cabaran seumpama itu sudah lama dilalui penduduk tempatan di DUN Nenggiri.  

Malah, penduduk di Bertam Baru dan Bertam Lama terpaksa menggunakan lorong khas motosikal di jambatan kereta api untuk berulang alik sebelum ini.

Lorong motosikal yang dibina di sebelah jambatan kereta api menjadi laluan utama mereka. Jambatan itu melintasi Sungai Nenggiri. 

Lorong tersebut hanya boleh dilalui motosikal. Kereta penduduk pula terpaksa diletak berhampiran jambatan dan mereka terpaksa berjalan kaki ke Bertam Lama atau Bertam Baru. 


Kampung Bertam Baru merupakan laluan akhir bagi penduduk yang melalui jalan Gua Musang-Limau Kasturi. Manakala Bertam Lama pula jalan akhir bagi penduduk dari arah Gua Musang-Jerek.

Ekoran itu kerajaan membina jambatan baharu menghubungkan Kampung Bertam Baru-Bertam Lama pada tahun 2021. Kini siap sepenuhnya. 

Jambatan terbabit dibina bersebelahan jambatan kereta api. Bagaimanapun selepas melintasi jambatan pengguna terpaksa melalui jalan lama ke Bertam Lama dan Jerek.

Projek menaik taraf jalan Bertam Lama ke Jerek belum lagi siap sehingga sekarang. Kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan. 

Penduduk terpaksa menggunakan jalan lama yang terletak bersebelahan landasan kereta api. Beberapa rumah penduduk terletak di tepi laluan lama. 

Projek menaik taraf jalan tersebut turut melibatkan rumah penduduk yang tinggal di tanah milik Kereta Api Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Ketua Penyelaras Belia DUN Nenggiri Rizwadi Ismail berkata, kira-kira 20 rumah penduduk terbabit dengan projek pembinaan jalan di Bertam Lama.

“Seramai enam keluarga daripada jumlah penduduk terbabit tidak mampu membina rumah baru di tapak yang diwakafkan seorang penduduk.

“Mereka sekarang terpaksa menumpang di rumah keluarga dan menyewa di tempat lain memandangkan rumah lama di tanah rezab KTMB dan sungai terpaksa diroboh bagi memberi laluan projek jalan,” katanya di sini.

Mengulas perkembangan itu Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, penduduk yang terlibat projek pembinaan jalan baharu diberi lot gantian tidak jauh dari penempatan asal mereka. 

Oleh itu beliau meminta penduduk terbabit datang ke Pejabat Tanah Gua Musang bagi membuka fail dan jaminan diberi bagi mempercepatkan proses pemilikan tanah.

"Kita minta penduduk terbabit datang berjumpa dengan Ketua Jajahan bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya kepada krew UPKN baru-baru ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook