Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

FENOMENA EASTERN & ORIENTAL EXPRESS BAKAL LONJAKKAN INDUSTRI PELANCONGAN GUA MUSANG
utama

FENOMENA EASTERN & ORIENTAL EXPRESS BAKAL LONJAKKAN INDUSTRI PELANCONGAN GUA MUSANG

 

Oleh: Norzana Razaly

GUA MUSANG, 15 Julai – Selepas fenomema Train to Dabong, kereta api Eastern & Oriental Express dari Singapura ke Merapoh pula bakal merancakkan industri pelancongan Gua Musang.

Kembara Wild Malaysia Journey tersebut bermula di Stesen Kereta api Woodlands - Gemas - Merapoh - Gemas - Butterworth - Woodlands.

Sehubungan itu, Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, pihaknya sedang berunding dengan pihak Tourism Singapura agar melanjutkan perjalanan gerabak mewah tersebut ke Gua Musang yang hanya 15 minit perjalanan dari Merapoh.


“Bagi menjayakan lagi Tahun Melawat Kelantan 2024, kita akan bermesyuarat pada 23 Julai depan dengan pihak Tourism Singapura dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi mengadakan kerjasama membawa 40 pelancong yang mengikuti ekspedisi Wild Malaysia (Taman Negara Sungai Relau) dengan Eastern & Oriental Express ke Gua Musang.

“Pelancong tersebut akan berada tiga jam di Gua Musang untuk mengikuti peta pelancongan ke 11 destinasi di Gua Musang bermula di Muse Ekopark yang dilengkapi komponen Masjid Buloh, Masjid Tengku Razaleigh dan stesen kereta api lama. Kemudian ke Gua Neon Taman Etnobotani (taman herba), Gua Neon Chiku 2, Taman Negara Kuala Koh dan Taman Tasik Gua Musang.

“Para pelancong juga akan dibawa ke Masjid Long Tan, Eco R&R Lojing Highlands, Taman Konservasi Rafflesia dan Tokong Mek Swee Nyet Keung di Kampung Pulai,” jelasnya ketika ditemui di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada Ahad.


Beliau juga memaklumkan pihaknya sedang merancang menyiapkan denai dari Taman Wangi ke persimpangan Kesedar Inn merentasi Sungai Ketil sejauh tiga kilometer.

“Dana telah pun diluluskan melalui Ecological Fiscal Transfers (EFT) sebanyak RM2 juta oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menyumbangkan RM500 ribu bagi menjalankan kerja-kerja pengukuhan tebing sungai.

“Pengunjung tempatan dan luar negara boleh terus ke Gua Madu di Kampung Batu Papan yang sedang dinaik taraf. Lokasi ini hanya 1.5 kilometer dari Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang,” katanya.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook