Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kebajikan Orang Asli sentiasa dibela

Kebajikan Orang Asli sentiasa dibela

 

GUA MUSANG: Nasib masyarakat Orang Asli sentiasa diberi perhatian  bagi memastikan nasib mereka terus terbela, kata Menteri Besar.

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri mengambil berat dan cakna terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat Orang Asli. 

Kata beliau kebajikan masyarakat Orang Asli diberi perhatian seperti kaum-kaum lain di Kelantan biar pun mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman. 

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuk NGO, agensi-agensi kerajaan dan sukarelawan.

"Mereka bekerja keras untuk menjadikan program seperti hari ini sebagai satu realiti," katanya pada Program Santuni Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan di Pos Pasik hari ini. 

Hadir sama anggota Exco Kerajaan Negeri Zamakhshari Muhamad, Presiden NGO Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa, Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Kelantan Jamaluddin Ishak dan Penghulu Jumat Abak. 

Menteri Besar juga berkata, program tersebut diadakan sebagai usaha murni bagi memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dengan masyarakat Orang Asli.

Kata beliau kerajaan negeri sentiasa  memastikan masyarakat Orang Asli diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook