Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KIAS, PUSAT PENGAJIAN PONDOK TANDATANGANI PELANJUTAN MOU DENGAN UNIVERSITI EZ-ZITOUNA
utama

KIAS, PUSAT PENGAJIAN PONDOK TANDATANGANI PELANJUTAN MOU DENGAN UNIVERSITI EZ-ZITOUNA

 

Oleh: Asri Hamat

TUNIS, 1 Julai- Kolej Universiti Islam Sultan Ismail PETRA (KIAS) dan Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah menandatangani pelanjutan tempoh Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Ez-Zitouna, Tunisia.

YAB Menteri Besar, Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, pelanjutan kerjasama akademik tersebut membuka peluang anak-anak Kelantan lepasan diploma di KIAS dan Pusat Pengajian Pondok YIK untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD) di Universiti Ez-Zitouna yang merupakan salah sebuah universiti tertua di dunia.

"Dengan pelanjutan kerjasama ini, diharap hasrat saya untuk melihat lebih ramai anak-anak Kelantan mempunyai pendidikan yang tinggi dan modal insan yang seimbang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah dapat direalisasikan dan kembali menyumbang khidmat mereka di negeri Serambi Mekah", katanya menerusi catatan di media sosial beliau pada Sabtu.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Wan Roslan Wan Hamat yang turut hadir, menyarankan supaya anak-anak Kelantan mengambil peluang yang ada untuk mendalami ilmu ketika usia masih muda.

"Bagi anak-anak Kelantan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program pengajian di Tunisia boleh berhubung dengan pihak KIAS dan Pusat Pengajian Pondok YIK", catatnya menerusi media sosial.

Dalam majlis MoU tersebut, pihak KIAS dan Pusat Pengajian Pondok YIK diwakili Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud, manakala pihak Universiti Ez-Zitouna diwakili oleh rektornya, Prof Dr Abd Latif Bou Azizi.

Untuk rekod, Universiti Ez-Zitouna merupakan salah sebuah universiti tertua dan terulung di dunia, ditubuhkan pada tahun 737 Masehi.

Ia berasal dari sebuah masjid Al-Zaytuna dan terus berkembang menjadi sebuah pusat pembangunan Islam utama di Afrika utara.

Universiti ini telah melahirkan ramai tokoh ulama, antaranya Ibni Khaldun, pengarang kitab "Muqaddimah" yang tersohor dan menjadi rujukan para ahli akademik di seluruh dunia dalam pelbagai bidang terutama bidang sejarah dan sains sosial hingga ke hari ini.

Hadir sama, Rektor KIAS, Prof Ameritus Dr AB Aziz Mohd Zin, Pengarah YIK, Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain dan Pengarah Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Nik Jessim Tan Sri Nik Hashim serta para pegawai YIK dan YAKIN.









MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook