Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LADANG RAKYAT STRATEGI KERAJAAN KURANGKAN KEMISKINAN
utama

LADANG RAKYAT STRATEGI KERAJAAN KURANGKAN KEMISKINAN

Oleh: Maziah Mat

KOTA BHARU, 30 Julai – Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) berperanan penting dalam membantu rakyat mengurangkan kadar kemiskinan melalui sektor perladangan. 

“Dengan visi dan misi yang jelas, Kerajaan Negeri tekad untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh ekonomi negeri melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.

“Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan kejayaan demi masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya di Majlis Solat Hajat Dan Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) yang berlangsung di Wisma Ladang Rakyat, Bandar Baru Tunjong pada Isnin. 

Terdahulu, seramai 4,826 peserta Ladang Rakyat telah menerima manfaat dividen  pada peringkat pertama sehingga ke-64 melalui pulangan hasil perladangan  yang membabitkan jumlah dividen keseluruhan sebanyak RM184,401,150 sejak ia dilancarkan pada 26 Januari 2006. 

Sementara itu, PLRNK yang dibangunkan di tanah-tanah kerajaan ini membabitkan beberapa jajahan seperti Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan jajahan kecil Lojing merangkumi keluasan sebanyak 78,730.713 ekar bagi jenis penanaman seperti kelapa sawit, getah dan sayur-sayuran.



Gambar Kredit: PLRNK

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook