Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 57 cawangan Bersatu di Jeli masih aktif

57 cawangan Bersatu di Jeli masih aktif

JELI: Bersatu Bahagian Jeli tetap utuh biar pun banyak media cuba menggambarkan parti itu lumpuh kononnya 1,000 ahli keluar parti.

Ketua Bersatu Jeli Jummaalin Zaiton berkata, pengumuman yang dibuat wakil kumpulan tersebut sehingga menggambarkan Bersatu Jeli lumpuh adalah tidak benar.

Katanya, hanya beberapa orang ahli yang mengikut setiap Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik, mengumumkan keluar parti.

“Tindak tanduk mereka seumpama 'drama' klasik yang diulang tayang setelah pupus idea untuk melemahkan parti yang mereka dukungi sebelum ini.

“Individu-individu tersebut hanya terdiri daripada beberapa orang, di mana mereka kecewa ditolak akar umbi sebagai pemimpin di peringkat cawangan.

“Mereka juga merupakan penyokong tegar Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik yang mengkhianati parti dengan menyokong parti lawan," katanya di sini.

Rabu lalu media melaporkan Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhamad mendakwa lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli dibubarkan.

Jummaalin juga berkata, Bersatu Jeli masih berfungsi seperti biasa dan mempunyai 7,238 ahli dan 57 cawangan masih aktif.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook