Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Adun baru perlu selesai rumah penduduk terbabit projek jalan

Adun baru perlu selesai rumah penduduk terbabit projek jalan

GUA MUSANG: Memandangkan rakyat DUN Nenggiri sudah memilih wakil rakyat baharu, maka isu penduduk yang terbabit projek jalan di Bertam Lama perlu dipikul Adun terbabit.

Ini kerana tapak lot kediaman penduduk terbabit sudah dikenal pasti kerajaan negeri dan mereka akan dipindahkan ke lokasi berkenaan.

Calon Perikatan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Mohd Rizwadi Ismail berkata, tugasnya bagi membela nasib penduduk terbabit untuk mendapat lot kediaman baru sudah diselesaikan sebelum ini.

“Saya berusaha penduduk yang terbabit projek jalan terbabit mendapat lot baharu, dan usaha itu sudah menjadi kenyataan apabila apabila kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas 4.5 ekar untuk ditempatkan penduduk berkenaan.  

“Sehingga sekarang 20 rumah diroboh termasuk tadika yang dibina di kawasan tanah rizab dan sungai.

“Kerajaan negeri sudah menyediakan lot untuk penduduk terbabit dan saya berharap wakil rakyat baharu Nenggiri menyelesaikan pula masalah rumah mereka,” katanya ketika ditemui di Bertam Lama semalam.

Rizwadi juga berkata, enam daripada 20 penduduk yang terlibat dengan projek jalan tidak mampu membina rumah sendiri dan sekarang mereka menyewa di tempat lain

Baru-baru ini Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebanyak 27 rumah terbabit dengan projek pembinaan jalan di Bertam lama.

Katanya, 20 penduduk beri keutamaan berpindah ke penempatan baharu tersebut. Kerajaan negeri akan memproses pemilikan tanah dengan segera.

“Daripada jumlah tersebut sembilan penduduk telah membuka fail di Pejabat Tanah, manakala lima lagi penduduk berpindah ke rumah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Melayu. 

“Enam lagi penduduk dalam perkiraan selanjutnya memandangkan mereka tidak mampu membina rumah sendiri,” katanya. 

Difahamkan mertua Adun Nenggiri Mohd Azmawi Fitri turut mendapat ihsan daripada kerajaan negeri mendapat lot baharu.

Biar pun tidak dinobatkan sebagai wakil rakyat, Rizwadi tetap dikunjungi penduduk tempatan dan petugas pilihan raya dari pelbagai tempat termasuk Tumpat dan Pahang.

Malah, rumahnya tidak sunyi kerana orang ramai datang memberi sokongan bagi meneruskan perjuangan biar pun gagal mempertahankan Dun Nenggiri pada PRK Sabtu lepas.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook