Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Belum apa-apa Umno mulai gelisah

Belum apa-apa Umno mulai gelisah

 


GUA MUSANG: Kenyataan Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub yang

memberi gambaran PAS seolah-olah ‘melacurkan’ bekas Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu menggambarkan parti itu dilanda gelisah.

Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad berkata, kegelisahan itu dipamerkan apabila parti lain dalam kerajaan Madani seperti ‘boikot’ daripada membantu Umno di Nenggiri.

Katanya, Umno seperti keseorangan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri setelah pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) tidak kelihatan pada perarakan calon BN di sini semalam.

“Oleh itu bagi mengalih perhatian rakyat mereka melakukan provokasi politik terhadap pihak lawan bagi menutup masalah yang melanda parti terbabit.

“Maka lahirkan kenyataan PAS ‘melacurkan’ bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang Mohd Rizwadi Ismail kepada Bersatu.

“Kenyataan itu menggambarkan Umno seperti tidak yakin dalam misi merampas DUN Nenggiri setelah bersendirian di gelanggang pilihan raya,” katanya di sini.

Sebuah laman berita melaporkan Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakubmemberi gambaran PAS seolah-olah ‘melacurkan’ bekas Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu.

Baru-baru ini Pengarah Pilihan Raya Umno PRK Nenggiri Tengku Razaleigh Hamzah dilapor berkata, parti rakan dalam kerajaan Madani tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri.

Azman juga berkata, kenyataan pemimpin veteran Umno itu menggambarkan politik tidak matang terus dipertahankan Umno bagi meraih simpati rakyat.


“Politik mencarut dan umpan pembangunan sudah tidak ada dalam diari politik anak muda sekarang,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook