Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DR MAZLAN IBRAHIM REKTOR BAHARU KIAS
utama

DR MAZLAN IBRAHIM REKTOR BAHARU KIAS

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 13 Ogos - Prof. Madya Dr Mazlan Ibrahim dilantik sebagai rektor baharu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), menggantikan Prof. Emeritus Dr Abdul Aziz Mohd Zin.

Majlis penyerahan tugas telah diadakan di bilik mesyuarat pentadbiran KIAS pada 1 Ogos lepas disaksikan Pengerusi Lembaga Pengelola KIAS yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Kamaruzaman Muhamad.

Turut menyaksikannya, Pengarah Intitut Pemikiran Tok Guru, Prof. Emeritus, Dato' Dr Johari Mat, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan Dr Nurul Akma Mohamed dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Dr Tuan Sapuan Tuan Ismail.

Dr Mazlan yang berkepakaran dalam bidang al-Quran, tafsir dan pemikiran Islam sebelum ini merupakan pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Antara buku tulisannya, Pengenalan Tokoh dan Metodologi Ulama Tafsir Melayu Nusantara, Tafsiran Harian al-Quran al-Karim, Tafsir Mawdui', Harta menurut perspektif al-Quran dan Modenis Melayu.

Dalam ucapan perutusan, Dr Mazlan menjelaskan penubuhan KIAS adalah untuk melaksanakan pendidikan bersepadu dan bersistematik bagi melahirkan insan yang bertakwa dan berketerampilan serta berperanan dalam masyarakat.

"Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap warga KIAS ditekankan untuk memahami falsafah, objektif dan misi penubuhan KIAS. Ini kerana kecemerlangan sesebuah intitusi adalah bermula dengan pemahaman dan penghayatan yang sebenar terhadap konsep tersebut.

"Di KIAS, kita yakin bahawa pendidikan yang mantap dan berkualiti serta mempunyai tasawwur yang benar-benar  berlandaskan konsep keislaman akan dapat melahirkan generasi yang berwibawa", katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa usaha mempertingkatkan kemampuan akademik tenaga pengajar KIAS diberi perhatian bagi memastikan kecemerlangan pembangunan akademik dan meletakkan KIAS setanding dengan intitusi pengajian tinggi yang lain. 

Seterusnya, beliau berharap KIAS terus menjadi kebanggaan rakyat Kelantan dan mengukir nama sebagai sebuah pusat penyebaran ilmu yang berwibawa di rantau ini.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook