Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Isu Titah Addendum belum terjawab – Tok Him

Isu Titah Addendum belum terjawab – Tok Him


KOTA BHARU: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) masih ingat ada kenyataan-kenyataan dikeluarkan sebelum ini berhubung kononnya wujud Titah Addendum dalam kes Dato’ Seri Najib Razak.

Presiden PUTRA Dato’ Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, berdasar kenyataan Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam afidavitnya, menjelaskan dia ditunjukkan Tengku Zafrul salinan apa yang dikatakan Titah Addendum. 

“Begitu juga Menteri Besar Pahang yang mengakui perkara sama berhubung dengan kononnya penampilan screenshot dalam telefon Tengku Zafrul.

“PUTRA percaya mahkamah telah mendengar permohonan Najib berkaitan perkara itu dan menolak permohonan kebenaran untuk mempersoalkan berkaitan kewujudan kesahihan Titah Addendum bagi membolehkan Najib menghabiskan hukuman penjara di rumah,” katanya pada kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Tengku Mahkota Pahang dilapor menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap mempertikai peranan Sultan Pahang ketika bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berkaitan pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Ibrahim juga berkata, adakah wujud penyelewengan fakta sehingga menyebabkan ramai masih tertanya-tanya. 

“Adakah apa yang dikatakan Zahid dan Menteri Besar Pahang berkaitan Tengku Zafrul itu betul atau tidak. Adakah titah Addendum benar-benar wujud atau tidak,” ujarnya.  

Oleh itu kata beliau sudah tiba masanya Sultan Pahang mengeluarkan kenyataan tegas berkaitan isu Titah Addendum. 

Katanya PUTRA percaya kenyataan seperti itu amat diperlukan supaya tidak ada mana-mana pemimpin politik merujuk atau membawa kedudukan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong ke tahap politik. 

Beliau turut menyambut baik keprihatinan Tengku Mahkota Pahang mengambil berat apa sahaja titah istana.

Katanya, tuanku mengeluar kenyataan yang tegas berkaitan ketidakmunasabahan mana-mana pihak mengeluar kenyataan tanpa fakta yang lengkap berkaitan kenyataan Presiden Bersatu.

“Muhyiddin menyebut dalam ceramah sokongan majoriti diterima selepas PRU15 mendapat 115 sokongan ahli parlimen tetapi tidak dijemput untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

“PUTRA percaya perkara seperti ini perlu menjadi contoh terbaik memadangkan Raja-Raja berada di atas politik. Dan ia perlu dihayati semua pihak terutamanya orang politik,” katanya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook