Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kak Lah bantu penduduk Kuala Sungai mohon geran tanah
utama

Kak Lah bantu penduduk Kuala Sungai mohon geran tanah

 


GUA MUSANG: Biar pun penduduk Kampung Lu Lu dan Melar di Mukim Kuala Sungai memenangkan calon BN Mohd Azwandi Fitri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri Sabtu lepas, namun nasib mereka tetap dibela pemimpin PAS.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mengambil inisiatif membantu menyelesaikan permohonan tanah penduduk di kampung tersebut.

Mereka sudah mendiami penempatan tersebut sejak 40 tahun lalu, namun geran milik tanah belum diperolehi.

Siti Zailah berkata, penduduk di kampung terbabit belum mendapat hak milik biar pun sudah tinggal di penempatan terbabit lebih 40 tahun. 

“Permohonan kita angkat secara berkelompok. Saya memmbawa penduduk ke pejabat Tanah Gua Musang bagi membantu menyelesaikan permohonan hak milik tanah,” katanya di sini. 


Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lepas majoriti penduduk di Kuala Besar menyokong Umno, sedangkan pada Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 mereka memenangkan Perikatan Nasional (PN).

Penempatan tersebut terletak di pedalaman boleh dihubungi melalui Sungai Nenggiri yang mengambil masa setengah jam menggunakana bot dari Bertam Baru.

Bagaimanapun jalan darat mengambil masa tiga jam kerana terpaksa melalui Dun Paloh dan ladang kelapa sawit di Serasa. 

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berharap permohonan hak milik tanah rakyat dapat diselesaikan dalam masa terdekat. 

“Usaha bagi membantu rakyat tetap diteruskan walaupun calon PN Rizwadi Ismail belum menang pada PRK Sabtu lepas,” ujarnya.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook