Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN WARRIORS JUARA STL DIVISYEN SATU 2024
utama

KELANTAN WARRIORS JUARA STL DIVISYEN SATU 2024

Oleh: Asri Hamat 

BUKIT SERINDIT, MELAKA, 31 Ogos - Pasukan sepak takraw Kelantan Warriors muncul juara divisyen satu Sepak Takraw League (STL) 2024 selepas berjaya menewaskan Selangor Pistons di perlawanan akhir yang berlangsung di dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Bukit Serindit, Melaka malam tadi.

Kelantan Warrior dibarisi gabungan pemain yang terdiri daripada Purached Yoossen sebagai tekong, Adli Abu Bakar sebagai apit kiri serta Haikal Jamil sebagai apit kanan menundukkan Selangor Pistons dengan keputusan 2-1 (12-15,17-15,15-10).

Kelantan Warriors bermula dengan langkah kiri apabila tewas di set pertama dengan keputusan 12-15, namun bangkit untuk menang  di set kedua dengan keputusan 17-15 dan memaksa perlawanan diheret ke set penentuan dengan kemenangan berpihak kepada Kelantan Warriors dengan keputusan 15-10.

Selaku juara, Kelantan Warriors membawa pulang wang tunai RM12 ribu dan piala kejohanan, manakala Selangor Pistons membawa pulang wang tunai RM8000, tempat ketiga Perlis Vipers menerima wang tunai RM5000 dan tuan rumah, Melaka Titans di tempat keempat menerima wang tunai RM2000.

Hadiah kepada juara disampaikan oleh Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), YB Dato' Abdul Fattah Mahmood.

Lebih manis Kelantan Warriors turut menggondol tiga anugerah iaitu pengurusan terbaik, tekong terbaik dan apit kiri terbaik dengan hadiah wang tunai RM5000 bagi setiap anugerah.

Menurut Penolong Pengurus Kelantan Warriors, Mahizi Mahmood, para pemain Kelantan Warriors telah menunjukkan semangat yang tinggi serta tidak mudah mengaku kalah.

"Sebenarnya bukan tugas mudah untuk kita bangkit di set kedua apabila kita kalah dengan Selangor Pistons di set pertama. Namun para pemain kita telah menunjukkan disiplin, semangat juang yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Ini membolehkan kita menang di set kedua dan ketiga seterusnya muncul juara. Kita kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para permain."

"Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah kerana pada tahun ini kita berjaya menjulang kejuaraan divisyen satu STL 2024 dan melayakkan diri ke Liga Ptemier STL 2024. Kemenangan ini adalah hadiah khusus untuk rakyat Kelantan," katanya  sejurus  selepas tamat perlawanan akhir malam tadi.

Kelantan Warriors dan Selangor Pistons akan beraksi bersama 10 pasukan lagi dalam saingan Liga Ptemier STL 2024 yang akan membuka tirai pada 11 September 2024 di Grand Prix pertama di Selangor.





MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook