Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Masa depan generasi kedua masih samar

Masa depan generasi kedua masih samar

GUA MUSANG: Biar pun peneroka diberi lot kebun seluas 10 ekar dan lot rumah suku ekar ketika menyertai Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Felda dan Kesedar, namun masa hadapan anak-anak mereka masih samar.

Anak-anak yang sudah berkeluarga berdepan dengan masalah tiada tempat berteduh.

Mereka tidak ada tempat untuk membina rumah memandangkan setiap lot lot hanya dibenarkan didirikan sebuah rumah sahaja.

Masalah itu masih membelenggu peneroka terutamanya mereka yang mempunyai anak ramai. Itu belum diambil kira ramai lagi peneroka belum lagi mendapat geran hak milik kebun dan lot rumah.

Isu tersebut berlarutan sehingga sekarang. Malah sehingga hari ini difahamkan belum ada projek perumahan generasi kedua dan ketiga di kawasan di bawah pentadbiran Kesedar atau Felda di Kelantan.

Lebih malang lagi anak peneroka yang membina rumah di tanah rizab sungai dan jalan gagal mendapat bekalan elektrik kerana tidak mendapat kerjasama pengurusan Felda dan Kesedar.

Generasi kedua Felda Perasu Mohd Arif Ariffin berkata, di kawasan Felda itu belum ada projek projek perumahan untuk generasi kedua.

Sedangkan katanya di negeri-negeri lain sudah ada projek perumahan generasi kedua Felda biarpun sebahagian besar projek dilaksanakan terbengkalai.

“Isu tapak tidak berbangkit kerana Felda mempunyai kawasan yang luas untuk dijadikan tapak perumahan bagi generasi kedua atau ketiga,” katanya yang juga Penghulu Felda Perasu.

Situasi serupa juga dialami generasi kedua RKT Kesedar Jeram Tekoh dan Paloh.

Penduduk mendakwa di Jeram Tekoh ada tapak yang sesuai untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua, namun lokasi tersebut sekarang menjadi pusat ternakan lembu.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook