Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PAS DAN BERSATU IBARAT DUA BERADIK
utama

PAS DAN BERSATU IBARAT DUA BERADIK

 


GUA MUSANG, 4 Ogos – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyudin Hassan menjelaskan kekeliruan yang dimainkan parti lawan ekoran pencalonan Rizwadi mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Geger (bising) pulok bakpo calon Bersatu orang PAS?

“Saya nak cerita mudahnya beginilah… PAS dengan Bersatu ni ibarat dua beradik. Dua beradik dalam keluarga yang dipanggil Perikatan Nasional. Satu hari adik minta anak kakak yang ramai anak jantan (anak lelaki) sebagai anak angkat untuk mengerjakan kebun getah yang luas. Maka kakak tak ada masalah.

“Ibarat Rizwadi ini, sebagai ahli PAS kita tidak ada masalah  untuk kepentingan PN. Dia (Rizwadi) ni layak untuk mewakili parti Bersatu, kita mengizinkan,” jelas Takiyudin dalam siri ceramah umum parti itu di Kampung Bertam Baru malam tadi.

Tambah beliau, Presiden PAS telahpun merestui dan mengizinkan Rizwadi mejadi ahli Bersatu dan menjadi calon mewakili Bersatu dan Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri.

Turut serta dalam siri ceramah itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan calon Perikatan Nasional, Rizwadi Ismail.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook