Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PELUANG BERINTERAKSI DENGAN PAKAR PENYAKIT DALAMAN
utama

PELUANG BERINTERAKSI DENGAN PAKAR PENYAKIT DALAMAN


Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 21 Ogos 2024 – Klinik Pakar Kota Bharu Medical Centre (KBMC) dengan kerjasama Masjid Muhammadi Kota Bharu akan menganjurkan Program Kesihatan Mental pada 7 September 2024.

Program percuma itu dijadualkan berlangsung pada 8.30 pagi hingga 10.30 pagi  di Dewan Hilir, masjid Muhammadi Kota Bharu. 

Sehubungan itu, Ketua Jabatan Khidmat Pelanggan KBMC Azma Haili S. Baharuddin memaklumkan program itu mengehadkan penyertaan kepada 50 peserta terawal yang akan ditempatkan dalam dewan bersama panel untuk sesi interaksi secara langsung.

Walau bagaimanapun, orang ramai dipelawa hadir beramai-ramai untuk menyertai program dan memanfaatkan peluang mendapatkan maklumat serta rawatan awal berkaitan kesihatan mental yang akan dikendalikan oleh Pakar Perubatan Penyakit Dalaman KBMC Datin Dr. Sudzilla Nordin selaku moderator.

Manakala dua panel berwibawa iaitu Pakar Pelawat Psikiatri KBMC Dr. Nor Asyikin Fadzil dan Imam Tua I Masjid Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan) Al-Fadhil Ustaz Mohd Hairul Azizi Mokhtar akan merungkai persoalan tentang kesihatan mental.

“Program ini turut menampilkan pengacara istimewa, Imam Tua II Masjid Muhammadi Kota Bharu Nik Mohd Afif Azhan Nik Mohd Naidi yang akan memastikan sesi berlangsung dengan lancar dan penuh manfaat,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai mendaftar segera untuk menyertai program yang menarik itu. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan KBMC di talian 019-967 0799 atau https://www.wasap.my/60199670799/daftarforum

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook