Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMBAHAGIAN DIVIDEN LADANG RAKYAT CAPAI RM180 JUTA
utama

PEMBAHAGIAN DIVIDEN LADANG RAKYAT CAPAI RM180 JUTA

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

GUA MUSANG, 1 Ogos - Pembahagian dividen Ladang Rakyat yang telah mencapai RM180 juta secara keseluruhan menunjukkan pencapaian yang signifikan dalam pemberian manfaat ekonomi kepada peserta dan pihak berkepentingan daripada Kerajaan Negeri Kelantan. 

Kejayaan tersebut mencerminkan kejayaan operasi Ladang Rakyat dalam mencapai objektif ekonominya serta menunjukkan bahawa hasil daripada ladang-ladang yang diusahakan adalah menguntungkan dan mampu memberi pulangan yang besar kepada peserta program. 

Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Dato' Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, pembahagian dividen untuk kali yang ke-65 bagi Parlimen Gua Musang dan Kuala Krai yang turut melibatkan peserta dalam kalangan orang asli seluruh Kelantan adalah berjumlah RM3.8 juta.

Katanya, Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk menjaga segala kebajikan rakyat di negeri itu termasuklah kebajikan masyarakat orang asli.

"Kita pastikan manfaatnya balik secara langsung kepada rakyat terutamanya kepada peserta. 

"Maknanya kita bagi terus. Tidak ada negeri lain yang buat sebegini. Kita tidak mahu rakyat kita terabai dan terbeban disebabkan kenaikan kos harga barang sekarang ini.

"Semua orang tahu, kenaikan harga barang ini berlaku sejurus sahaja harga minyak dinaikkan," katanya pada Majlis Pembahagian Dividen Peserta Ladang Rakyat dan Peserta Orang Asli bagi Parlimen Gua Musang dan Kuala Krai di Dewan Serbaguna Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd pada Khamis.

Tambahnya, masyarakat orang asli merupakan antara yang paling terkesan kerana perlu menempuh perjalanan yang begitu jauh dari tempat tinggal mereka di pedalaman hanya untuk mencari barangan keperluan.

Sementara itu, Wakil Masyarakat Orang Asli, Jumat Abak berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan dalam memastikan kebajikan masyarakat orang asli sentiasa terjaga.

Jelas beliau, penghargaan tersebut bukan hanya disebabkan pembahagian dividen bagi peserta Ladang Rakyat semata-mata, malah disebabkan masyarakat orang asli di seluruh Kelantan turut menerima pelbagai skim bantuan kebajikan yang diperkenalkan kerajaan negeri semenjak zaman almarhum Mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook