Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pemimpin Umno di sebalik Karnival Komuniti Madani

Pemimpin Umno di sebalik Karnival Komuniti Madani

 


GUA MUSANG: Pada petang Rabu lepas dibuat hebahan melalui alat pembesar suara yang dipasang di kenderaan mengajak orang ramai hadir pada program Jualan Rahmah Felcra Bhd di padang Sekolah Kebangsaan Bertam yang diadakan semalam dan hari ini.

Program itu dinamakan Mini Karnival Komuniti Madani Felcra Bhd turut menawarkan hadiah misteri dan cabutan bertuah.

Program terbabit bermula petang semalam dengan diadakan jualan usahawan Felcra, pameran agensi kerajaan, sukan rakyat dan cabutan bertuah.

Dan pagi tadi diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dengan kerjasama Kemas dan pada sebelah petang perasmian disempurnakan Pengerusi Felcra Bhd Datuk Sri Ahmad Jazlan Yaakob.

Pada Selasa lepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pelancaran Pelan Pembangunan, Pusat Pertumbuhan Desa, di Kesedar Sungai Asap.

Seorang penduduk tempatan di Limau Kasturi Khairul Azam berkata, jabatan dan agensi kerajaan Pusat silih berganti mengadakan program di Nenggiri.

“Ada Menteri dan timbalan Menteri yang tidak pernah datang ke Gua Musang pun turut bertandang ke Nenggiri musim kempen pilihan raya sekarang,” ujarnya. 

Kata beliau pemimpin Umno bersembunyi di sebalik program tersebut bagi menarik kehadiran penduduk tempatan bagi mendengar ucapan politik mereka.

Malah, banyak premis milik kerajaan yang dibiayai dana awam pula kelihatan bendera dacing.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook