Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Pemimpin utama PH tidak kelihatan di Gua Musang

Pemimpin utama PH tidak kelihatan di Gua Musang

 

GUA MUSANG: UMNO Online melaporkan perarakan calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani ke pusat penamaan calon bermula dari perkarangan pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Perarakan itu diketuai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Pada risalah jemputan yang diedarkan kepada penyokong Umno, disebut mereka perlu berhimpun di Ibu Pejabat Kesedar dan kenderaan boleh diparkir di perkarangan pejabat kerajaan tersebut.

Disebut juga perarakan calon BN bermula jam 8.30 pagi ke pusat penamaan di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang. 

Kelihatan hadir, Naib Presiden Umno Dato’ Seri Johari Abdul Ghani, Ketua Pemuda Umno Malaysia Dr Akmal Salleh, Pengerusi Umno Kelantan Dato’ Sri Ahmad Jazlan Yaakob dan Pengarah Pilihan Raya BN DUN Nenggiri Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun tidak kelihatan pemimpin utama PH termasuk PKR, Amanah dan DAP.

Sebelum ini Tengku Razaleigh pada kenyataan sebelum ini menasihatkan pemimpin DAP tidak perlu datang berkempen di Nenggiri. 

Sebaliknya Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim biarpun datang ke Kelantan hari ini, namun tidak kelihatan di Gua Musang pagi tadi.

Sebaliknya Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyertai program bersama Perdana Menteri Thailand di Rantau Panjang.

Hadir sama menyambut ketibaan Perdana Menteri Dato’ dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Islam Pera pagi tadi Menteri Besar Kelantan Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook Threads