Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Peneroka naik traktor 3 jam solat Jumaat di Gua Musang

Peneroka naik traktor 3 jam solat Jumaat di Gua Musang


GUA MUSANG: Peneroka Felda Perasu Raja Husin Raja Mahmud, 77 mendedahkan ketika peringkat awal menyertai Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) tersebut cabaran begitu besar.

Beliau bersama 30 peneroka diterima masuk di RKT Felda Perasu pada tahun 1984 selepas mendapat sokongan wakil rakyat Umno di Pasir Puteh.

Bagaimanapun katanya ada rakan-rakan seperjuangan kembali semula ke kampung asal kerana tidak tahan menempuh cabaran tinggal di RKT Perasu.

“Ketika itu memang susah, kawasan masih lagi diliputi hutan. Peneroka perlu banyak bersabar kerana tidak banyak kemudahan disediakan Felda.

“Namun ketika saya menjejaki kaki ke RKT Perasu getah yang ditanam Felda ketika itu sudah mengeluarkan hasil,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. 

Raja Husin juga berkata, jalan masuk ke Felda Perasu pada 1980-an belum ditar seperti sekarang. Jarak Felda Perasu ke jalan utama Kuala Krai-Gua Musang sejauh 7 km. 


“Peneroka yang ada motosikal terpaksa mengusungnya di tempat tertentu kerana jalan berselut dan licin. 

“Peneroka juga terpaksa pergi ke bandar Gua Musang untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Faiz Petra dengan menaiki traktor Felda.

“Perjalanan ke masjid mengambil masa kira-kira tiga jam dan perjalanan balik pula tiga jam. Maknanya ambil masa enam jam untuk menunaikan solat Jumaat di Bandar Gua Musang,” ujarnya.

Bagaimanapun pada 1985 sebuah surau dibina di Felda Perasu dan peneroka tidak perlu lagi ke bandar Gua Musang untuk menunaikan solat Jumaat.

Dan pada 1986 surau tersebut dinaik taraf kepada masjid. 

Menurut Raja Husin masjid tersebut menjadi tempat kerajaan negeri menyampaikan geran hak milik tanah kepada 244 peneroka yang tinggal di Perasu 1 hingga Perasu 12.


Kata beliau setiap peneroka memiliki kebun sawit seluas 8 ekar, kebun getah (2 ekar) dan lot rumah suku ekar. 

Sementara itu Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad berkata, peneroka di Perasu menerima geran hak milik kebun dan lot rumah daripada kerajaan negeri di Gua Musang pada 2016.

Katanya, kesungguhan kerajaan negeri itu bagi memastikan pengorbanan peneroka membanting tulang empat kerat menyertai Rancangan Kemajuan Tanah di bawah Felda berbaloi selepas menerima geran tanah.


“Geran diberi kerajaan negeri tanpa mengira kawasan tersebut sebelum ini dianggap sebagai kubu Umno. Namun, lebih penting nasib peneroka perlu dibela,” ujarnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook