Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Peringkat awal Rizwadi tolak disenarai calon PRK Nenggiri
utama

Peringkat awal Rizwadi tolak disenarai calon PRK Nenggiri

Rizwadi bersama para petugas

GUA MUSANG: Calon Perikatan Nasional (PN)  Pilihan Raya Kecil (PRK)  DUN Nenggiri memberitahu pada peringkat awal beliau menolak disenaraikan sebagai calon memandangkan tanggungjawabnya begitu besar. 

Mohd Rizwadi Ismail  berkata,  beliau meminta kepada pimpinan PAS supaya tidak disenaraikan namanya sebagai calon bagi menghadapi PRK Nenggiri. 

Bagaimanapun katanya selepas diminta berkali-kali oleh pemimpin utama PAS akhirnya beliau terpaksa akur. 

"Saya hanya diberitahu mengenai perkara itu dua hari sebelum majlis pengumuman calon diadakan dan diminta untuk menerima cadangan tersebut. 

"Ekoran itu saya mendapat kepastian daripada Mursyidul Am PAS Dato Tuan Guru Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Kelantan Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan Presiden Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memandangkan saya diminta menyertai Bersatu. 

"Saya diperjelaskan mengenai kaedah sebenar bagi membolehkan ahli PAS menyertai Bersatu berdasar persetujuan bersama," katanya ketika ditemui di Limau Kasturi di sini malam tadi. 

Kata beliau dalam keadaan tertentu terutamanya bagi menghadapi pilihan raya kaedah itu dianggap sebagai suatu teknikal bagi memastikan Dun Nenggiri dapat terus dipertahankan pada PRK 17 Ogos ini. 

Ditanya dakwaan pihak tertentu beliau hanya dua hari menyertai Bersatu sebelum dicalonkan katanya, ia hanya bersifat teknikal memandangkan Dun Nenggiri merupakan milik Bersatu sebagaimana dipersetujui pimpinan PN sebelum menghadapi pilihan raya lepas. 

Oleh itu beliau berkata,  tidak berbangkit isu tersebut memandangkan ia dianggap sebagai kaedah terbaik bagi pimpinan PAS dan Bersatu bagi menghadapi PRK Nenggiri. 

PRK Dun Nenggiri diadakan berikutan kerusi tersebut diisytihar kosong memandang bekas Adun terbabit tergugur sebagai ahli Bersatu kerana didapati gagal mematuhi disiplin parti.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook