Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERUNTUKAN LEBIH RM26 JUTA BANGUNKAN TANAH TERBIAR - MB
utama

PERUNTUKAN LEBIH RM26 JUTA BANGUNKAN TANAH TERBIAR - MB

Oleh: Asri Hamat 

PASIR MAS, 8 Ogos- Pembangunan tanah terbiar adalah penting bagi memaksimumkan penggunaan tanah untuk tujuan pertanian di Kelantan. 

Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan lebih RM26 juta bagi tujuan tersebut bermula tahun 2006 sehingga 2023. 

YAB Menteri Besar Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata sebanyak RM12.6 juta daripada jumlah itu adalah peruntukan kerajaan negeri manakala RM13.74 lagi adalah dana Kerajaan Persekutuan. 


"Dengan peruntukan sebanyak RM26 juta tersebut, seluas 3332.92 hektar tanah terbiar di negeri Kelantan dapat dibangunkan untuk tujuan pertanian. 

Insya Allah, Kerajaan Negeri Kelantan akan terus berusaha untuk membangun dan menggunakan sebaik mungkin tanah terbiar di negeri ini bagi tujuan sektor pertanian."

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Expo Tani Negeri Kelantan 2024 di Dataran Bandar Baharu, Pasir Mas pada Rabu. 

Beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan sentiasa  berkerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membangunkan sektor pertanian di Kelantan. 

"Alhamdulillah, pada tahun 2024 sebanyak 11 projek kerjasama antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan KPKM sedang dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian dengan peruntukan sebanyak RM8.174 juta", katanya lagi. 

Beliau turut menyeru golongan muda menceburi bidang pertanian dengan menggunakan teknologi moden. 


"Penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian akan menyumbang kepada penuaian hasil yang baik dan memudahkan kerja-kerja pertanian di lapangan. 

"Apabila teknologi digunakan dengan maksimum, hasil yang diperolehi juga akan lebih berkualiti," ujarnya

Mengulas tentang program Expo Tani, Dato' Mohd Nassuruddin berharap program berkenaan dapat memberi pendedahan kepada orang ramai untuk mempertingkatkan motivasi, ilmu pengetahuan dan perkongsian teknologi terkini untuk digunakan dalam aktiviti pertanian. 

"Saya berharap program Expo Tani ini akan diteruskan dan diperhebatkan pada tahun-tahun akan datang agar dapat menyemai semangat kebersamaan dan memupuk keharmonian di antara pihak kerajaan melalui agensi-agensi terbabit dengan pemain sektor pertanian dan orang awam. 

"Dalam masa yang sama ia dapat memberi pendedahan kepada semua pihak dan menarik minat orang ramai untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian bersesuaian dengan tema program Expo Tani Negeri Kelantan pada tahun ini iaitu "Bertani Satu Ibadat - Transformasi Tani, Masa Depan Harmoni," jelasnya. 

Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato' Idham Abdul Ghani, Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) YM Dato' Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook