Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RAKYAT KELANTAN TERKENAL DENGAN SEMANGAT KEUSAHAWANAN YANG TINGGI-MB
utama

RAKYAT KELANTAN TERKENAL DENGAN SEMANGAT KEUSAHAWANAN YANG TINGGI-MB


Oleh: Asri Hamat 

TUMPAT, 26 Ogos- Rakyat Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan semangat keusahawanan yang tinggi serta cenderung untuk berdikari dalam usaha mencari rezeki.

YAB Menteri Besar, Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, budaya ini bukan sahaja satu ciri yang diwarisi tetapi ia sudah menjadi satu identiti yang sinonim dengan rakyat Kelantan.

"Rakyat Negeri Kelantan memang terkenal dengan semangat keusahawanan yang tinggi serta lebih cenderong berdikari dalam usaha mereka mencari rezeki. Sebab itu banyak kajian menunjukkan bahawa Negeri Kelantan mempunyai jumlah usahawan yang lebih tinggi berbanding  dengan negeri lain di Malaysia.

"Semangat suka berdikari rakyat Kelantan juga harus dipuji. Ini kerana Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang mempunyai bilangan usahawan wanita tertinggi di Malaysia yang suka berdikari serta aktif dalam perniagaan. 

"Tambahan pula, kebudayaan serta kedudukan geografi Negeri Kelantan yang terletak di Pantai Timur semenanjung Malaysia telah menjadi pintu utama perdagangan di antara Malaysia dengan Thailand. Faktor ini juga telah mewujudkan suasana perniagaan yang subur di Negeri Kelantan".

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup Festival Keusahawanan Rakyat Wakaf Bharu, Tumpat pada Sabtu. Teks ucapan beliau di baca oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, YB Mejar  (B) Dato' Md Anizam Ab. Rahman.

Tambah beliau lagi, perniagaan di kalangan rakyat Kelantan bukan sahaja tertumpu di pasar-pasar tetapi juga terbabit dalam perniagaan atas talian. 

"Ramai usahawan muda dari Negeri Kelantan telah menembusi pasaran nasional dan antarabangsa dalam perniagaan atas talian.

"Melihat kepada kejayaan dan semangat keusahawanan yang tinggi ini, saya menyeru agar rakyat Kelantan terus menceburi bidang keusahawanan dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ini kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup keluarga tetapi ia dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara," jelasnya. 

Dalam majlis tersebut juga, turut dilancarkan tabung Pertubuhan Cakna Ummah Wakaf Bharu yang menjadi platform untuk kebajikan masyarakat setempat.

Di samping itu seramai 30 orang dari Dewan Negeri Wakaf Bharu menerima bantuan Gerakan Berdikari Rakyat Wakaf Bharu berupa peralatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti mesin jahit, peti sejuk, meja lipat, kerusi, kanopi dan lain-lain. 

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu, YB Rosli Abdullah dan Pengarah Program Festival Usahawan Rakyat Wakaf Bharu Fikri Hasan.

Kredit gambar FB Mejar Dato' Md Anizam Ab Rahman

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook