Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SAINS, TEKNOLOGI KEPERLUAN DALAM KEHIDUPAN - EXCO PENDIDIKAN
utama

SAINS, TEKNOLOGI KEPERLUAN DALAM KEHIDUPAN - EXCO PENDIDIKAN

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 19 Ogos - Sains dan teknologi merupakan satu keperluan untuk langkah yang seterusnya dalam kehidupan manusia.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, sains dan teknologi merupakan satu ilmu yang dibentangkan oleh Allah di dalam al-Quran untuk dibaca oleh manusia yang mana terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sains dan teknologi.

"Ayat-ayat al-Quran yang membicarakan tentang sains dan teknologi ini boleh dibaca dan diambil pengajaran oleh manusia untuk kegunaan di dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh kegunaan sains dalam kehidupan manusia, Allah telah mendatangkan COVID19, para ahli sains telah menggunakan sains dan teknologi untuk mencari jalan bagi mengatasinya, maka wujudlah pelbagai jenis vaksin.

"Bagi membolehkan ilmu sains dan al-Quran dapat disepadukan, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan penubuhan Maahad Tahfiz Sains dan perasmian Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin di kampung Berangan Tumpat pada 25 Januari 2004.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Program Minggu Sains Negara 2024 peringkat Negeri Kelantan, di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji Kota Bharu pada Ahad. 

Tambahnya, dengan penubuhan maahad tahfiz tersebut maka terlaksanalah sistem pendidikan bersepadu di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). 

"Menerusi sistem pendidikan bersepadu ini, pengajarannya melibatkan jalinan padu mata pelajaran agama dengan sains dan perdagangan. Kita gabung jalinkan kurikulum di maahad tahfiz sains ini dengan kurikulum agama, kurikulum kebangsaan dan kurikulum tafsir berkaitan ayat-ayat sains", ujarnya. 

Mengulas tentang Karnival Minggu Sains, beliau menjelaskan tujuan utama karnival tersebut adalah untuk meraikan kepelbagaian teknologi dan inovasi di Negeri Kelantan di samping memberi peluang kepada penggerak Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) tempatan untuk mengetengahkan teknologi dan Inovasi mereka kepada rakyat Kelantan. 

"Justeru Kerajaan Negeri berpandangan bahawa program seumpama ini merupakan satu platform yang amat sesuai untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi serta menarik minat masyarakat setempat khususnya dari kalangan pelajar dan belia terhadap bidang teknologi", jelasnya lagi. 

Sebanyak 15 buah reruai pameran daripada pelbagai agensi dan pengamal STI di peringkat negeri serta agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) seperti Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, Jabatan Tenaga Atom, Jabatan Kimia Malaysia dan Akademi Sains Malaysia telah menjadi tumpuan para pengunjung sepanjang dua hari program ini berlangsung. 

Hadir sama, Ketua Setiausaha MOSTI, Dato' Ts. Dr Aminidin Hasan, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Kamaruzaman Mohamad dan Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Norazleley Muhammad.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook