Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

YDP DEWAN RAKYAT BERKUNJUNG KE KELANTAN SEMPENA SIDANG TAHUNAN SPEAKER
utama

YDP DEWAN RAKYAT BERKUNJUNG KE KELANTAN SEMPENA SIDANG TAHUNAN SPEAKER


Oleh: Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM, 11 Ogos – Yang Dipertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Dato' Dr Johari Abdul memaklumkan satu persidangan tahunan semua speaker dewan negeri akan berlangsung di Sarawak pada 11 hingga 14 September depan.

Sehubungan itu, beliau mengetuai delegasi Parlimen Malaysia berkunjung hormat ke semua negeri di Malaysia termasuk Kelantan.

“Kunjungan ke Kelantan ialah negeri kelapan. Selepas ini kita akan ke Terengganu dan Pahang. Tahun lepas kita adakan persidangan speaker di Langkawi, Kedah. Inti pati perkembangannya ialah untuk melihat bagaimana institusi speaker itu sendiri dapat diperkasakan sebagai satu institusi untuk memantapkan semua perjalanan sidang dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas program Jelajah  DUN Yang di Pertua Dewan Rakyat sempena Persidangan Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024.

Delegasi beliau disambut Speaker Dewan Negeri Kelantan YB Dato’ Sri Amar D’Raja YB Dato’ Mohd Amar Abdullah di Mabna, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan objektif kunjungan tersebut ialah untuk berkenalan dengan semua speaker di seluruh Malaysia dan untuk berkongsi pengalaman serta mencadangkan kepada pemerintah demi memantapkan institusi speaker.

“Ada banyak cadangan yang akan dibawa, saya yakin Kelantan juga ada. Setelah lapan negeri yang saya lawati dan yang telah dilakukan perbincangan, insya Allah dengan pertemuan ini kita dapat cipta sejarah membangunkan satu pemahaman yang lebih jitu di antara Speaker Dewan Rakyat dengan Speaker Dewan Negeri.

Tambahnya, amalan itu juga baik diteruskan kerana beliau mengakui bukan semua benda dapat diselesaikan melalui formaliti.

"Sebenarnya benda banyak yang kita selesaikan secara tidak formal. Kadang-kadang, kita bertanya pandangan dan sebagainya melalui telefon khususnya apabila waktu bajet. 

“Selepas persidangan bajet, negeri perlukan penjelasan apa yang berlaku dan persekutuan perlu memaklumkan apa yang kita harapkan. Jadi saya rasa dengan hubungan baik ini memudahkan perjalanan dewan di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri,” jelasnya.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook