Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

YDP PAS iringi calon guna motosikal
utama

YDP PAS iringi calon guna motosikal

GUA MUSANG: Mengambil kira keadaan jalan agak sempit Yang Dipertua (YDP) PAS Gua Musang Azman Ahmad mengiringi pergerakan calon PN PRK Dun Nenggiri mengguna motosikal.

Beliau bersama tiga lagi pemuda dari Chiku 3 menunggang motosikal jenis Honda RSX150 dan Yamaha Y16ZR bagi memudahkan mengiring calon PN Mohd Rizwadi Ismail menemui pengundi di setiap pusat mengundi di Nenggiri.

Katanya beliau menunggang motosikal tersebut dari Chiku 3 ke Bertam Lama awal pagi tadi bagi mengiringi pergerakan calon ke tempat membuang undi di Tadika Sri Bakawali.

“Menunggang motosikal lebih mudah dan melancarkan pergerakan mengiring calon memandangkan banyak jalan di Dun Nenggiri agak sempit dan belaku kesesakan berhampiran Pusat Mengundi.

“Saya keluar pagi tadi dari rumah di Chiku 3 ke rumah calon di Bertam Lama sebelum Ustaz Wadi keluar mengundi jam 8 pagi tadi,” katanya.

Selain itu terdapat ramai pemuda PAS yang menunggang motosikal dari pelbagai tempat meninjau tempat mengundi di Nenggiri hari ini.

Ada antara mereka memakai baju hijau bertulis ARC menunggang pelbagai jenis motosikal meronda kawasan mengundi di Dun Nenggiri sambil mengibar bendera bulan.

Mohamad dari Kubang Kerian datang bersama empat lagi rakan semalam meronda kawasan pilihan raya pagi tadi sebagai sokongan kepada calon PAS.

“Kami akan kembali ke Kota Bharu tengah hari ini memandangkan ada rakan mempunyai urusan di rumah dan bimbang hujan pada sebelah petang,” katanya ketika ditemui.

Malam tadi ada beberapa kumpulan anak muda yang juga menunggang motosikal bermalam di Masjid Hijau Renok bagi mengikuti program munajat dan solat hajat malam tadi.

Mereka tidur di masjid tersebut beramai-ramai bersama petugas daripada pelbagai tempat bagi membantu gerak kerja kempen PN di Nenggiri.

Pada tadi mereka berkonvoi beramai-ramai ke lokasi tempat mengundi selepas bersarapan di sebuah kedai berhampiran simpang tiga Gua Musang-Kuala Krai-Limau Kasturi.

Ada anggota ARC membawa pengundi ke tempat mengundi menggunakan motosikal bagi memudahkan pergerakan.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook