Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

30 petani dapat sijil kendali dron pertanian
utama

30 petani dapat sijil kendali dron pertanian


KOTA BHARU: Seramai 30 peserta mengikuti Kursus Pengendalian Dron Pertanian Al Falah (AFDOL) 2024 dan menerima sijil dikeluarkan pihak berkaitan.

Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kursus tersebut diadakan selama dua hari.

Katanya mereka layak mendapat sijil yang merupakan syarat utama ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Kata beiau hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan ramai pakar penerbangan dron untuk penanaman padi sekaligus memperkasakan sektor keterjaminan makanan negeri itu.

"Kursus tersebut memberi ilmu pengetahuan dan pendedahan berkenaan kecanggihan teknologi dron pertanian yang wajar diterokai anak-anak muda dan petani moden.

"Saya percaya dengan pendedahan dan kerjasama semua pihak, kita dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam mengendalikan dron," katanya di sini hari ini.

Hadir sama wakil Agrobank dan DJI Agriculture. Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan akan mengadakan kursus pengendalian dron kepada petani bagi membantu mereka mendapatkan lesen khas.

Usaha itu sebahagian program pendigitalan sektor pertanian antaranya kaedah Interet of Thing (IoT) yang digunakan bagi memastikan kelembapan, pH media tanah dan pembajaan dikendali telefon pintar.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook