Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

 Adun ketengah aliran air tersumbat di tapak ECRL
utama

Adun ketengah aliran air tersumbat di tapak ECRL


PASIR PUTEH: Adun Gaal mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berkaitan saluran air tersumbat di tapak projek ECRL.

Hadir sama pada perbincangan itu wakil Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), iaitu pemilik projek ECRL, penghulu dan penduduk tempatan. 

Mohd Rodzi Ja’afar berkata, penduduk Kampung Jeram bimbang kerja-kerja pembinaan tiang landasan ECRL di kampung tersebut menyebabkan berlaku air bertakung sehingga boleh mengundang banjir. 

Katanya penduduk bimbang memandangkan musim tengkujuh akan bertandang tidak lama lagi.

“Ada tempat aliran air yang tertimbus kerana projek pembinaan tiang landasan di kawasan tersebut. Jadi penduduk berharap kontraktor ECRL membina laluan air di kawasan berkenaan.

“Tidak dapat dinafikan risiko pembangunan boleh mengundang banjir sekiranya tiada saliran yang sistematik. Pihak pengurusan ECRL mengambil maklum aduan penduduk,” katanya di sini.

Sebelum itu beliau meninjau lokasi yang terhalang aliran air disebabkan kerja-kerja pembinaan landasan ECRL.

Menurutnya juga kemudahan sistem saliran yang sempurna dapat mengatasi air bertakung di kawasan agak rendah ketika hujan lebat. 


Projek ECRL sepanjang 665 kilometer melibatkan pembinaan 59 terowong dan kerja-kerja struktur landasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Pembinaan projek ECRL dari Kota Bharu ke Gombak di Selangor dijangka siap pada akhir 2026, manakala dari Gombak ke Pelabuhan Klang dijangka siap pada hujung 2027.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook