Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Adun Semerak bantu pelajar cemerlang tolak tawaran USM
utama

Adun Semerak bantu pelajar cemerlang tolak tawaran USM

 


PASIR PUTEH: Pelajar cemerlang peperiksaan STPM yang dilapor menolak tawaran melanjut pengajian ke USM sebelum ini sudah menerima sumbangan disampaikan Adun Semerak Norsyam Sulaiman. 

Norsyam berkata, sumbangan kali pertama diberi kepada pelajar terbabit Wan Nuralyaa Awang pada 20 Ogos lepas ketika beliau berkunjung ke rumahnya. 

Katanya sumbangan itu diberi ketika lawatannya ke rumah pelajar-pelajar cemerlang di Dun Semerak termasuk di Mukim Tok Bali, Air Tawar, Telaga Papan dan Gong Kala pada 20 Ogos lepas. 

"Ambo buat lawatan ke rumah pelajar cemerlang STPM dan SPM untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar dan ibu bapa mereka. 

"Dan semalam diadakan majlis penyampaian saguhati kepada pelajar yang berjaya melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Wan Nuralyaa turut menerima sumbangan one-off tersebut," katanya di sini. 

Baru-baru ini media melaporkan pelajar cemerlang STPM menolak tawaran melanjut pengajian ke USM kerana bapanya tidak mampu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM1,020.



Sementara anggota Exco Kerajaan Negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, setiap tahun kerajaan mengadakan majlis penyampaian saguhati sebanyak RM500 seorang kepada pelajar cemerlang peperiksaan SPM, STAM dan STPM. 

Selain itu katanya setiap Adun di Kelantan turut menyampaikan saguhati kepada pelajar yang mendapat tawaran belajar di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook