Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

AKSB NASIHAT PELANGGAN JELASKAN BIL TERTUNGGAK SEBELUM 15 OKTOBER
utama

AKSB NASIHAT PELANGGAN JELASKAN BIL TERTUNGGAK SEBELUM 15 OKTOBER

 

Oleh : Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 25 September – Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menasihatkan kepada 7,270 akaun pelanggannya agar menjelaskan bayaran tunggakan bil air yang telah dipotong selewat-lewatnya sehingga 15 Oktober tahun ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

AKSB dalam satu kenyataan bertulis yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya itu menyebut, jumlah terbabit melibatkan akaun pengguna dalam tempoh dua tahun, iaitu bermula tahun 2022 hingga 2023.

“Untuk rekod, sejumlah 3,316 akaun bil telah dipotong pada tahun 2022 dengan nilai tunggakan sebanyak RM2.379 juta yang masih belum dijelaskan.

“Manakala untuk tahun 2023 pula, jumlah tunggakan adalah sebanyak RM2.196 juta direkodkan dengan bilangan akaun pengguna sebanyak 3,954.”

Tambah kenyataan itu, Unit Penguatkuasaan AKSB kini giat menjalankan gerak kerja dengan membuat pemotongan air di rumah-rumah pengguna atau premis aktif terlebih dahulu yang melibatkan tunggakan bil melebihi tiga bulan.

Sementara itu, dalam tempoh 45 hari bil akhir akan dikeluarkan dan jika pengguna masih gagal menjelaskan tunggakan, maka penolakan deposit ke atas baki tunggakan akan berjalan menjadikan akaun tersebut tidak aktif dan berhutang.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook