Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ATLET SUKMA TERIMA INSENTIF PINGAT
utama

ATLET SUKMA TERIMA INSENTIF PINGAT

Oleh: Che Maziah Mat

KOTA BHARU, 23 September – Prihatin dengan kejayaan dan pencapaian para atlet pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang lalu, Kerajaan Negeri berbesar hati mengurniakan insentif berjumlah RM251,000 kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat.

EXCO Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad berkata, hasil perbincangan bersama pihak Majlis Sukan Negari (MSN) jumlah insentif yang diberikan kepada para atlet adalah berbeza mengikut pingat yang diperoleh dan juga kategori sama ada individu ataupun berpasukan.

“Alhamdulillah, untuk semua penyertaan kita berjaya membawa pulang sebanyak 37 pingat keseluruhan iaitu tujuh emas, 13 perak dan 17 gangsa. Kesemua pingat-pingat ini telah disumbangkan daripada 17 sukan dari 31 sukan yang disertai.

“Oleh itu, sebagai menghargai penat lelah mereka, kita berikan insentif yang merangkumi acara individu dan berpasukan bertujuan menyuntik semangat agar lebih cemerlang serta lebih baik pada temasya SUKMA akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Insentif SUKMA XXL Sarawak 2024, hari ini. Insentif disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau yang juga Pengerusi MSN berkata, jumlah insentif yang diberikan bagi acara individu untuk atlet pemenang pingat emas sebanyak RM2500, perak RM2000 dan gangsa RM1500. Manakala bagi acara berpasukan (3-6 orang) atlet berjaya mendapat pingat emas mendapat RM 3000, perak RM2500 dan gangsa RM2000.

Selain itu untuk acara berpasukan (7-10 orang) pingat emas RM4500, perak RM3500 dan gangsa RM2500. Terakhir, bagi acara berpasukan (10 orng dan ke atas) menerima insentif sebanyak RM6000, perak RM5000 dan gangsa sebanyak RM4000.



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook