Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DAKWAAN KELANTAN ‘GADAI’ TANAH KEPADA CINA BERLAKU SEBELUM MERDEKA LAGI
utama

DAKWAAN KELANTAN ‘GADAI’ TANAH KEPADA CINA BERLAKU SEBELUM MERDEKA LAGI

 

Kredit Foto: Majlis Daerah Gua Musang

Oleh: Zaki Mustafa

KOTA BHARU, 22 September – Carian berkaitan tanah milik syarikat Wenzhuan Sdn. Bhd. yang beralamat di Kluang, Johor yang didakwa telah ‘digadai’ oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga Cina mendapati proses pemilikan tanah berkenaan berlaku sejak sebelum merdeka lagi.

Tanah yang dimaksudkan GRN 57810 (lot 13283) di Mukim Ketil, Jajahan Gua Musang asalnya adalah milik Duff Development Company Limited sebuah syarikat British sejak tahun 1930. Syarikat ini telah memajukan tanah tersebut dan kemudiannya telah membuat pecahan-pecahan kecil untuk dijual.

Tanah berkenaan kemudiannya dimiliki Kiat Sing Realty Limited yang kemudiannya telah menjual kepada Cuffland Resources Sdn. Bhd. pada tahun 1964.

Tanah milik Cuffland ini akhirnya telah dipindahmilik kepada Wenzhuan Sdn. Bhd. pada tahun 2010.

Antara tahun 2010 dan 2013 Wenzhuan Sdn. Bhd. telah membuat proses pembangunan tanah dan telah menjual tanah-tanah tersebut kepada pembeli-pembeli yang berminat. Projek pembangunan tersebut dikenali sebagai Bandar Utama Gua Musang.

Terdapat satu hakmilik yang dikekalkan dengan syarat asal ialah HSD 8048 (PT 5316). HSD 8048 didaftarkan dengan geran kekal dengan tempoh selamanya-lamanya kepada GRN 57810 lot 13283 seluas 122.6 hektar pada 7 Mac 2018.

Turut ditegaskan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, semua proses pemilikan tanah mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965, Enakmen Rizab Melayu 1930, Enakmen Tanah Kelantan 1938 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa.

Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Kelantan telah membuat satu laporan polis bertarikh 21 September di IPD Kota Bharu berkaitan penyebaran maklumat palsu di platform sosial Tik Tok oleh beberapa individu yang menjadikan isu tanah berkenaan sebagai bahan kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota di Johor.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Hanifulfuad Hussin, penyebaran video-video berkenaan bersifat fitnah dan berniat jahat merosakkan kredibiliti dan integriti pentadbiran negeri di bawah teraju YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan menggesa agar tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil terhadap individu-individu terbabit, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 499, 500, dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook