Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DRAF MoU: TIDAK PERNAH ADA PERBINCANGAN ANTARA PEMBANGKANG, KERAJAAN
utama

DRAF MoU: TIDAK PERNAH ADA PERBINCANGAN ANTARA PEMBANGKANG, KERAJAAN

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

KOTA BHARU, 18 September – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, tidak pernah ada sebarang perbincangan antara pihak pembangkang dengan pihak kerajaan berkenaan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada ahli parlimen (pembangkang).


Katanya, beliau mengesahkan perkara tersebut dengan memberikan laporan akhbar berkaitan kenyataan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang memohon agar diadakan satu perbincangan khusus melibatkan pihak pembangkang dan kerajaan.

“Dalam Parlimen, luar Parlimen pun beliau (Perdana Menteri) ada menyebutkan perkara berkaitan dengan peruntukan ahli parlimen (pembangkang).

“Beliau mengatakan bahawa apa yang akan dibuat oleh kerajaan ini dengan tidak akan meletakkan apa-apa syarat, termasuk syarat menyokong kerajaan.

“Itu daripada Perdana Menteri sendiri,” katanya pada sidang media Ketua Whip PN berkenaan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, pihaknya sudah membangkitkan isu tersebut sejak awal penggal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lagi terutamanya mengenai peruntukan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) adalah jelas disebutkan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang bertajuk ‘Kita Boleh’.

“Di bawah butiran ini, jelas menyatakan pihak mereka akan menyediakan dana CDF sama rata kepada semua wakil rakyat parlimen tanpa mengira parti kerana mereka (ahli parlimen) mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu.

“Jelas lagi, peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen, bukannya daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Inilah yang terkandung dalam manifesto PH pada PRU-15,” katanya.

Tambah beliau, manifesto yang dibawa oleh PH merangkap Kerajaan Persekutuan ketika ini menjadi asas terhadap parti PN untuk membangkitkan isu terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan mendedahkan kandungan penuh dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang dengan mendakwa ia sebagai bukti ketelusan susulan kenyataan Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menegaskan, PN menolak cadangan MoU tersebut.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook