Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ISU PEMBANGUNAN, PERANCANGAN TANAH DI MALAYSIA PERLU DIHALUSI  – YB DATO' MUMTAZ
utama

ISU PEMBANGUNAN, PERANCANGAN TANAH DI MALAYSIA PERLU DIHALUSI – YB DATO' MUMTAZ

Oleh: Norzana Razaly

TEMERLOH, 13 September – Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi menyuarakan kebimbangan serius mengenai motif dan rasional cadangan penggubalan akta baharu bagi Pembangunan Semula Bandar di Malaysia yang dilihat berpotensi menjejaskan hak pemilikan tanah, terutamanya bagi kaum peribumi Melayu di bandar.

Beliau menegaskan bahawa cadangan pengambilan tanah rizab untuk pembangunan semula bandar, persetujuan penuh harus menjadi pra syarat dan isu yang menuntut perhatian.

“Saya menyeru semua muslimat sehingga ke peringkat cawangan di seluruh negara harus peka dan cakna mengenai apa saja isu berkait tanah - aset termahal kita," katanya dalam perbahasan semasa Muktamar Dewan Muslimat PAS, di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, hari ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia itu menambah, isu tersebut melibatkan lebih daripada sekadar undang-undang seperti Perlembagaan Persekutuan, malah menimbulkan persoalan tentang masa depan hak pemilikan tanah di bandar. Impaknya bukan hanya hari ini tapi 100 tahun akan datang.

Dalam ucapannya, beliau turut memberi amaran dengan merujuk kepada situasi di Palestin dan Singapura yang kehilangan hak ke atas tanah telah membawa kepada perubahan drastik terhadap geopolitik dan polarisasi kaum di negara-negara tersebut.

“Kita tidak mahu melihat sejarah berulang di Malaysia. Penting untuk kita semua memahami dan mempertahankan hak pemilikan dan pengambilan tanah supaya tanah kita tidak tergadai kepada pembangunan tanpa kawalan, dan pemilik asal tidak dinafikan hak mereka," tegasnya. 

YB Dato' Mumtaz turut menyeru kerajaan persekutuan untuk mengambil langkah serius dalam menangani isu ini, serta memastikan hak pemilikan tanah di Malaysia dihormati dan dipertahankan. 

Beliau juga menyeru rakyat agar bersatu dalam mempertahankan hak mereka dan menolak sebarang bentuk dan mekanisma berkait  tanah yang dianggap tidak adil.

Tegasnya lagi, sebarang tindakan pengambilan tanah perlu mengambil kira hak pemilik tanah dan bukan semata-mata demi kepentingan pembangunan yang tidak terkawal.

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook