Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kalimah Allah dilakar di kertas 222 meter
utama

Kalimah Allah dilakar di kertas 222 meter


TUMPAT: Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bustanus Saadah Morak, dekat sini menjadi tuan rumah program Tiga Juta Kalimah Allah di bumi Kelantan.

Program berkenaan dianjurkan Zam Zam D Berkat Enterprise dengan kerjasama sekolah berkenaan bagi mencipta Malaysia Book of Records kali ketiga.

Pengarahnya, Abdul Halim Omar berkata, program berkenaan berupa lukisan yang tertera kalimah Allah bermula 22 September lepas dan dijangka berakhir 30 September ini.

Menurutnya, seramai 200 pelajar terlibat bagi menjayakan program berkenaan melalui tema 'karya seni air zamzam, lukis dan zikir' yang diilhamkan di kertas lukisan sepanjang 222 meter.

“Pada rekod pertama program berkenaan kami berjaya mencipta rekod sepanjang 135 meter pada tahun 2015, manakala rekod kedua sepanjang 177 meter tahun lepas.

"Program ini dianjurkan bukan semata-mata untuk mencipta rekod baru Malaysia Book of Records, tetapi mencari dana daripada pembeli lukisan tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya juga program itu secara tidak langsung mencungkil bakat seni dalam kalangan peserta dengan pendedahan konsep seni dan zikir.

Kata beliau pelajar yang mengambil bahagian akan turut berzikir sambil menulis kalimah Allah.

“Kami rasa syukur memandangkan program ketiga ini mendapat sambutan pihak sekolah dan orang ramai,” ujarnya.

Abdul Halim juga berkata, majlis pengiktirafan oleh wakil Malaysia Book of Records akan diadakan pada 30 September ini di Dewan Terbuka SMU (A) Bustanus Saadah.

Katanya, karya Tiga Juta Kalimah itu akan dipamerkan kepada orang ramai pada hari berkenaan.

Semalam ADUN Pasir Pekan, Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato Ahmad Yakob meninjau pelajar menulis Kalimah Allah di kertas lukisan. Hadir sama Mudir SMU (A) Bustanus Saadah Wan Fakhrulrazi Wan Mamood.

Sementara itu mereka yang berminat mendapat maklumat lanjut berhubung program itu boleh hubungi Abdul Halim di talian 011 3379 2904 atau Wan Fakhrulrazi (017 979 5937).

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook