Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELUARGA YANG BAHAGIA KENA ADA MAWADDAH DAN RAHMAH - MB
utama

KELUARGA YANG BAHAGIA KENA ADA MAWADDAH DAN RAHMAH - MB

Oleh: Asri Hamat 

KOTA BHARU, 9 September - Mawaddah dan rahmah merupakan suatu unsur yang penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia.

Menteri Besar, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, di dalam keluarga perlu ada kedua-dua unsur tersebut bagi menjamin kebahagiaan dan keutuhan sesebuah keluarga.

"Dalam pembentukan keluarga yang bahagia kena ada mawaddah dan rahmah. Mawaddah bermaksud kasih sayang manakala rahmah bermaksud kasihan belas.

"Tidak dinafikan pasangan suami dan isteri ketika muda mempunyai perasaan kasih sayang antara satu sama lain, namun apabila tua kadang-kadang perasaan itu mulai hilang, maka yang akan mengekalkan keutuhan, kebahagiaan serta kerukunan rumahtangga adalah kasihan belas (rahmah),” beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu, pada Sabtu.

Menurut beliau lagi, selain dari mawaddah dan rahmah, sikap bertolak ansur di antara pasangan suami dan isteri serta ahli keluarga  juga boleh membawa kepada keutuhan dan kebahagiaan dalam keluarga. 

"Dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga mesti ada kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing, maka pasangan suami dan isteri kena ada sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Ini kerana Allah mencipta setiap orang itu ada kelemahan dan kekurangan. Tidak ada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.

"Dengan sikap tolak ansur ini, segala kekurangan yang ada pada isteri boleh ditampung dengan kelebihan yang ada pada suami dan sebaliknya,” jelasnya lagi.

Pelbagai acara telah diadakan sepanjang program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah, antaranya forum yang bertajuk Cintai Keluarga Di Situ Ada Syurga. Acara kemuncak ialah penyampaian anugerah  tokoh Keluarga Mawaddah.

Sebanyak lima anugerah di peringkat negeri di samping 14 anugerah di peringkat parlimen telah disampaikan. Anugerah peringkat negeri adalah anugerah Keluarga Cekal Bapa Tunggal disampaikan kepada Maharudin Mat, anugerah Keluarga Tabah (Armalah) kepada Shabariah Muhammed, anugerah Keluarga Istimewa (OKU) kepada pasangan Mohd Razali Abdul Rahman dan Siti Hafsah Awang, anugerah Keluarga Bangkit kepada pasangan Mat Ayob Awang dan Hazani Dollah dan anugerah Keluarga Cemerlang kepada pasangan Yahya Md Yusuf dan Mek Nab Yahya.

Setiap pemenang menerima wang tunai RM2000, sijil, satu gram wafer emas sumbangan Kelantan Gold Trade (KGT), hamper bernilai RM100 dan sejambak bunga, manakala peringkat parlimen menerima wang tunai RM1500, sijil, hamper bernilai RM100 dan sejambak bunga.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim, Datin Panglima Perang, Datin Wan Norhanita Wan Yaakob, Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Nor Asilah Mohamed Zin, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa), Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Ahli Dewan Rakyat (ADR).



MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook