Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KILANG DOMESTIK DI KELANTAN HASILKAN PRODUK EKSPORT
utama

KILANG DOMESTIK DI KELANTAN HASILKAN PRODUK EKSPORT

Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

PENGKALAN CHEPA, 23 September – Banyak produk yang dihasilkan syarikat dan pengilang tempatan di Kelantan dieksport ke luar negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawan, YB Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman yakin dan percaya pelabur-pelabur dari luar akan lebih berminat untuk mengadakan kerjasama bersama syarikat-syarikat kilang domestik di Kelantan setelah melihat hasil produk pengeluaran mereka yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan.

"Antara kilang yang kita tinjau iaitu KAAB Garment. Kita dapati mereka amat mahir dalam pembuatan pakaian, busana muslim dan kilang ini juga beroperasi dengan lebih 60 orang pekerja. Manakala EMBA Sdn. Bhd. pula memfokuskan pembuatan jaket kulit daripada kulit atau bulu haiwan yang dibenarkan dan dieksport ke luar negara. 




"Kita juga dapat lihat bagaimana kilang pembuatan kasut khususnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sepatu Timur Sdn. Bhd. begitu hebat dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, apatah lagi syarikat ini bekerjasama dengan pihak kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dan lawatan bersama pengusaha kilang-kilang domestik di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, pada Ahad.

Beliau turut menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa tidak wujud kilang-kilang domestik yang dimiliki oleh anak tempatan di negeri Kelantan.

"Alhamdulillah, apabila kita mengadakan perbincangan dan melihat pencapaian mereka ini, ia tidaklah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak bahawa kilang-kilang seperti ini tidak wujud.

"Malah ada juga yang mengatakan tidak maju. Sedangkan kilang-kilang ini bukan sahaja mendapat permintaan dari dalam negara, malah juga dari luar negara," tegasnya.

Turut hadir, Pengarah Invest Kelantan, Wan Zulfadhli Syahman Wan Yusof, Pengarah Malaysian Investment Development Authority Kelantan (MIDA Kelantan), Wan Mohd Supian Wan Deris, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Pembangunan dan Perancangan) Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ir. Hamdzah Abdul Rahman dan Penolong Pegawai Eksekutif MITI Kelantan dan Terengganu, Rosnani Mohamed Zain.

Dalam perkembangan lain, YB Mohd Anizam menegaskan, sektor perkilangan di Kelantan akan bertambah pesat dengan pembinaan rancak projek Taman Industri Tok Bali (TBIP) di Pasir Puteh yang berkeluasan lebih 100 ekar pada Fasa Pertama.

Tambah beliau, pembangunan taman industri baharu itu akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan dijangka menarik pelaburan di antara RM400 juta sehingga RM600 juta apabila beroperasi sepenuhnya.


MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook